KFC Malaysia sahkan ada cawangan tutup sementara operasi


  • Bizz
  • Isnin, 29 Apr 2024

Beberapa cawangan KFC disahkan ditutup buat sementara waktu kerana sebagai langkah untuk menguruskan peningkatan kos perniagaan.

QSR Brands (M) Holdings Bhd dan KFC Malaysia mengesahkan penutupan sementara cawangan sebagai cara menangani keadaan ekonomi yang kian mencabar.

QSR berkata, langkah proaktif ini bertujuan untuk menguruskan peningkatan kos perniagaan dan mengutamakan cawangan yang menerima sambutan tinggi.

"Pekerja di cawangan terjejas telah ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang beroperasi sebagai sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber dalam kawasan yang menerima sambutan pelanggan yang tinggi," katanya dalam satu kenyataan.

BACA LAGI: Gara-gara KFC lambat 30 minit, wanita disaman lebih RM500

Peoples also buying western food such as KFC for breaking fast at the Section 20 in Shah Alam during the day 46 of MCO on Saturday. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. May 2, 2020.

Jumlah cawangan yang ditutup masih belum didedahkan. — Gambar hiasan/The Star

BACA LAGI: 6,000 bakal jemaah haji Selangor terima insentif RM500

Syarikat itu bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah cawangan yang terjejas.

"Sebagai sebuah syarikat yang telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih 50 tahun, tumpuan kekal adalah pada penyediaan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan, sambil menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 ahli di Malaysia, yang mana kira-kira 85 peratus mereka adalah Muslim," katanya lagi.

Menurut syarikat itu, pihaknya terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat memberi kembali kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.

"Kami amat percaya rakyat Malaysa akan terus menyokong dan mengiktiraf keikhlasan dan kerja keras kami dalam menyumbang kepada ekosistem perniagaan makanan di Malaysia," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram