ISRAEL merancang untuk memusnahkan fasiliti nuklear yang dimiliki oleh Iran dalam usaha mereka melakukan serangan balas terhadap negara tersebut.
Menurut mantan ketua perisikan Mossad, Israel merancang untuk menyerang Iran dalam masa lima hari lagi dengan serangan dijangka akan dilakukan pada Isnin (22 April 2024).
Dalam serangan tersebut, memusnahkan fasiliti nuklear Iran merupakan sebahagian daripada perancangan rejim Zionis dalam usaha mereka memberikan reaksi kepada serangan Iran tempoh hari.
Perdana Menteri Israel, Benjami Netanyahu mengatakan yang mereka akan melakukan segala yang diperlukan untuk mempertahankan diri, ini termasuklah melakukan serangan balik ke atas Iran.
BACA LAGI: [VIDEO] Tukang kebun terkejut nampak tangan bayi terjulur keluar daripada tangki pam tandas
Israel mahu lakukan serangan balas terhadap Iran. — Agensi
BACA LAGI: Insiden Pulau Angsa: Kotak hitam helikopter Maritim Malaysia ditemui lepas 44 hari
Walaupun begitu, tindakan Israel itu tidak disenangi oleh sekutu mereka iaitu Amerika Syarikat serta Kesatuan Eropah (EU) yang berharap rejim Zionis tidak akan membalas serangan Iran.
Kedua-dua sekutu Israel itu mengatakan mereka akan mengambil pendekatan berbeza terhadap Iran. Berbanding menyertai operasi ketenteraan, mereka akan mengenakan sekatan lebih kuat terhadap Iran dari segi ekonomi dan politik.
Pada Rabu, Israel turut membedil Lubnan dengan melancarkan bom fosforus putih (white phosphorus bomb) ke selatan negara tersebut menerusi sebuah rakaman di X (Twitter).
Serangan yang dihalakan ke pekan bernama Khiam itu bagaimana pun tidak menyebabkan kemalangan jiwa rakyat Lubnan.
Israel merancang untuk melakukan serangan balas selepas Iran melancarkan lebih 300 peluru pelbagai jenis termasuk dron selepas rejim Zionis membunuh wakil mereka di Damsyik, Syria.
Iran mengatakan mereka akan melancarkan serangan besar-besaran sekiranya Israel bertindak balas walaupun hanya pada skala kecil. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram