SATU kejadian menyayat hati berlaku di Minahasa, Sulawesi Utara, Indonesia selepas rangka seorang gadis perempuan dipercayai mangsa rogol ditemui di sebuah ladang desa pada Sabtu lalu.
Difahamkan, mangsa sebelum itu dilaporkan hilang kira-kira lebih sebulan lalu sejak 4 Mac 2024.
Susulan daripada penemuan tersebut, polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun yang juga kekasih kepada ibu mangsa pada Isnin.
Kejadian penangkapan suspek itu turut tular di media sosial memaparkan lelaki berkenaan yang sedang dibawa keluar dari tempat persembunyiannya dari sebuah kapal laut.
BACA LAGI: Perang dunia ke-3 boleh tercetus jika Israel dibiar terus cabul undang-undang antarabangsa
Lokasi mangsa ditemukan setelah lebih sebulan kehilangannya.
Pesuruhjaya Polis Kasatreskrim Manado, May Diana Sitepu berkata, penahanan itu dibuat susulan daripada penemuan rangka manusia di ladang desa Koha Induk, Minahasa, Sulawesi Utara pada Sabtu.
Sebelum itu, polis menerima maklumat bahawa seorang gadis berusia 13 tahun, hilang sejak sebulan lalu.
Mangsa dilaporkan hilang serentak ketika ibunya turut mengalami penderaan daripada lelaki tersebut yang menjalin hubungan dengan wanita terbabit
Ibu mangsa kemudian melaporkan kepada polis bahawa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan anaknya diculik sebelum dibawa lari oleh suspek.
Siasatan dijalankan kemudiannya membawa kepada operasi memburu lelaki berkenaan yang kemudiannya diberkas di di Kabupaten Sitaro.
BACA LAGI: [VIDEO] Pangkalan udara Israel jadi sasaran peluru berpandu Iran
Gadis berusia 13 tahun itu hilang sejak 4 Mac lalu. — Twitter
Hasil soal siasat, suspek mengaku pada mulanya bertengkar dan menyerang ibu mangsa yang merupakan teman wanitanya.
Lelaki itu kemudiannya mendapat tahu bahawa teman wanitanya itu telah melaporkan perbuatannya itu kepada polis.
Susulan daripada itu, suspek kemudiannya bertindak menculik anak wanita berkenaan dan membawanya ke ladang Kampung Koha Induk sebelum merogolnya sebanyak dua kali.
Lelaki itu juga kemudiannya memukul kepala mangsa.
Selepas dirogol, mangsa dipercayai cuba melarikan diri namun gagal apabila dia ditetak di leher oleh suspek sebanyak tiga kali sehingga membawa kepada kematiannya di ladang tersebut
Mayat gadis malang itu yang sudah dalam keadaan rangka kemudiannya ditemukan penduduk di kawasan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram