Anak Ketua Polis Lahad Datu maut tertembak pistol bapa


  • 112
  • Selasa, 16 Apr 2024

Anak perempuan berusia 14 tahun tersebut ditemui berlumuran darah di dalam salah sebuah bilik di rumahnya. — Gambar hiasan

ANAK perempuan kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu dilaporkan maut akibat tertembak diri secara tidak sengaja menggunakan pistol milik bapanya di Lahad Datu pada Selasa.

Mangsa berusia 14 tahun berkenaan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya, pada 12.42 tengah hari.

Difahamkan, ketika kejadian Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Plis (IPD) Lahad Datu.

BACA LAGI: 13 remaja didakwa bunuh pelajar Kolej Vokasional di Lahad Datu

Pistol miliknya dikatakan tertinggal di rumah sebelum anaknya dipercayai memegang senjata api berkenaan sebelum secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan kejadian tersebut sambil menjelaskan siasatan sedang dijalankan.

"Orang ramai dinasihati supaya tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan insiden ini," katanya.

Dzulbaharin dilantik menjadi Ketua Polis Daerah Lahad Datu pada 1 April lalu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram