Perang dunia ke-3 boleh tercetus jika Israel dibiar terus cabul undang-undang antarabangsa


  • Massa
  • Ahad, 14 Apr 2024

Pengeboman dilakukan rejim Zionis di konsulat Iran di Damsyik itu mengorbankan 16 mangsa dan turut membunuh dua komander tentera Iran. — Agensi

TINDAKAN negara kuasa besar terus melindungi Israel yang bertanggungjawab melakukan perlanggaran undang-undang antarabangsa bakal menjerumuskan dunia ke dalam kancah perang dunia ketiga.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, situasi semasa konflik di Timur Tengah ketika ini dilihat semakin meruncing akibat keengganan negara barat khususnya Amerika Syarikat (AS) untuk mengambil tindakan terhadap rejim Zionis.

Ia selepas Israel kini berterusan melakukan pencabulan undang-undang antarabangsa dengan yang terbaharu melalui serangan dibuat terhadap bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria.

Pengeboman dilakukan Israel pada 1 April lalu mencetuskan tindak balas dari Tehran yang berikrar untuk membalas dendam.

Mengulas mengenai perkembangan tersebut, Syed Hamid berkata, situasi berkenaan bakal melebarkan lagi peperangan di rantau berkenaan sekiranya dibiarkan rejim Zionis itu dibiar terus melakukan kezaliman.

"Saya fikir jika Israel tidak berhenti daripada melakukan kezaliman dan terus dilindungi tanpa had oleh kuasa besar seperti AS, peperangan yang berlaku ini akan terus melebar.

"Kalau ini semua terjadi, ini akan meletakkan semua negara termasuk Malaysia dalam bahaya," katanya ketika dihubungi Majoriti.

Susulan daripada serangan dibuat terhadap bangunan diplomatik Iran itu, Israel kini berada di tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk menerima serangan balas daripada Tehran.

BACA LAGI: 'Sampai mati saya tak lupakan dia', nenek reda 8 tahun cucu hilang tanpa khabar berita

Chairman Land Public Transport Commission (SPAD) Tan Sri Dato' Seri Dr. Syed Hamid Syed Jaafar Albar give his speech of during media briefing on express bus safety at Land Public Transport Commission (SPAD) headquarters, KualaLumpur. FAIHAN GHANI/The Star.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar.

BACA LAGI: 'Pengangkutan awam masih kurang memuaskan tapi dah nak fokus kereta EV'

Malah, Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada Israel bahawa Iran mungkin menyerang rejim itu dalam masa terdekat.

Presiden AS, Joe Biden pada Sabtu dilaporkan memberi amaran bahawa serangan tersebut dijangka berlaku seawal pada Ahad.

Pengeboman dilakukan rejim Zionis di konsulat Iran di Damsyik itu mengorbankan 16 mangsa dan turut membunuh dua komander tentera Iran.

Mengulas lanjut, Syed Hamid berkata, tindak-tanduk dipaparkan Israel ketika ini menjadikan rejim tersebut sebagai sebuah negara pengganas.

Ini kerana tidak cukup dengan jenayah kemanusiaan yang dilakukan di Gaza, Palestin, rejim Zionis juga kini sudah melakukan perlanggaran jelas terhadap undang-undang antarabangsa.

lcimg-d2496a1c-cd43-4a5c-9245-8fbdd305af68

Pengeboman dilakukan rejim Zionis di konsulat Iran di Damsyik.

Ujarnya, tindak balas daripada Iran itu sememangnya dijangkakan.

Ini kerana menurut beliau, Tehran perlu memberikan amaran kepada Israel yang telah melakukan pencabulan undang-undang antarabangsa terhadapnya.

Pada masa sama, Syed Hamid berkata, negara kuasa besar khususnya AS seharusnya berjaga-jaga dalam responsnya terhadap perkembangan terkini itu.

"Kalau kita tidak berjaga-jaga, ini akan membawa kepada perang dunia ketiga," ujarnya.

Syed Hamid berkata, tindakan Washington dan kuasa Barat lain untuk terus melindungi Israel di sebalik keganasan dilakukan bakal menarik negara kuasa besar lain termasuk Rusia dan China ke dalam konflik di rantau berkenaan.

"Sekarang kenyataan dikeluarkan AS mengatakan dia dalam apa pun jua keadaan pun akan pertahankan Israel.

"Jadi kalau dia terus ambil pendirian sedemikian, ia akan menarik turut menarik negara yang ketika ini tidak terlibat secara langsung seperti Rusia, China dan negara macam Turkiye dan negara Timur Tengah lain untuk turut terlibat sama," jelas beliau.

skynews-iran-israel_6518686

Sebahagian rakyat Iran membakar bendera Israel semasa pengebumian pegawai yang terbunuh dalam serangan udara rejim Zionis itu. — Agensi

Malaysia pada 2 April lalu mengecam tindakan Israel yang menyasarkan bangunan konsulat Iran di Damsyik, Syria.

Menurut Kementerian Luar, tindakan yang sengaja menyasarkan premis diplomatik itu adalah jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan amalan diplomatik.

Susulan daripada itu, Malaysia menyeru semua pihak terlibat untuk mematuhi undang-undang antarabangsa dan menghormati premis diplomatik sebagai kawasan mutlak bagi sesebuah negara.

Kementerian Luar berkata, Malaysia juga menekankan kepentingan penyiasatan menyeluruh dilakukan terhadap serangan itu dan menggesa semua pihak mengelakkan sebarang provokasi boleh meningkatkan ketegangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram