SATU fosil kepala raksasa laut gergasi yang menyamai saiz ketinggian lelaki dewasa ditemui di salah satu tempat paling kering di bumi.
Kepala dinosaur prasejarah, Cymbospondylus youngorum itu ditemui dengan muncung panjang dan gigi runcing di gurun Black Rock Nevada, Amerika Syarikat.
Haiwan yang hidup 244 juta tahun dahulu dengan berat 40 tan itu mempunyai ukuran panjang lebih 60 kaki dari hidung ke ekor.
Profesor Martin Sander yang menulis tentang raksasa itu dalam jurnal Science berkata, walaupun ikan paus kini merupakan makhluk terbesar di bumi, ia bukanlah gergasi lautan pertama yang melayari lautan.
"Ikan paus mengambil masa kira-kira 90 peratus daripada 55 juta tahun kewujudannya untuk berevolusi menjadi gergasi lautan yang kita kenal hari ini," katanya.
Penemuan fosil itu juga dapat mengenal pasti bahawa ekosistem marin prasejarah boleh menyokong raksasa gergasi seperti Cymbospondylus. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram