INSIDEN tidak terjangka, masih ramai yang ingat tragedi menimpa seorang pelatih lelaki di taman tema atau pusat jagaan mamalia (SeaWorld) di Orlando, Florida, Amerika Syarikat apabila diserang secara mengejut oleh ikan paus jantan ketika persembahan pada 1987.
Walaupun sudah lebih tiga dekad insiden itu berlaku, tragedi tersebut masih segar dalam ingatan orang ramai dan ia menjadi punca kepada perubahan sistem melatih haiwan di Florida.
Bukan itu sahaja, peristiwa bersejarah itu turut sempat dirakam dan masih tular di media sosial sehingga kini.
Crazy footage from 1987 shows SeaWorld trainer John Sillick being body slammed by a huge orca. Sillick was riding on the back of female orca Corky when the male orca leaped out of the water and landed on the pair. Sillick suffered a fractured back, hips, pelvis, ribs, and legs.... pic.twitter.com/FWn1MYHZwv
— Morbid Knowledge (@Morbidful) December 25, 2023
Menerusi rakaman yang dimuat naik semula di Twitter (X) @Morbidful, seorang jurulatih bernama John Silllick dilihat diserang oleh haiwan tersebut sehingga cedera parah.
Ketika kejadian, John berada di atas badan ikan paus betina bernama Corky dan membuat persembahan sebelum seekor ikan paus jantan yang diberi nama Orky tiba-tiba melompat dan menghempap John ke dalam air.
Dalam kejadian itu, John dilaporkan cedera di seluruh badan, patah tulang belakang, pelvis, rusuk dan kaki.
Ada yang membuat spekulasi bahawa Orky 'cemburu' dengan keakraban John bersama Corky.
Sementara itu, kejadian yang berlaku pada 21 November 1987 itu telah mengubah nasib John dan dia dikatakan terpaksa hidup dengan menggunakan kerusi roda.
Bukan itu sahaja, ikan paus berkenaan juga pernah dilaporkan menyerang beberapa orang jurulatih ketika persembahan.
Disebabkan itu, SeaWorld memutuskan untuk tidak membenarkan lagi jurulatih mengikuti latihan atau membuat persembahan bersama ikan paus pembunuh sejak 2012. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram