[VIDEO] Perkelahan bertukar tragedi, 25 mangsa serangan lebah ‘mengamuk’ terpaksa bermalam di hospital


  • Benua
  • Ahad, 14 Apr 2024

Tangkap layar video serangan lebah berkenaan di kota Burhanpur, Madhya Pradesh, India pada Sabtu. — Agensi

SUASANA perkelahan di sebuah lokasi rekreasi di kota Burhanpur, Madhya Pradesh, India pada Sabtu bertukar menjadi detik menakutkan selepas kawasan tersebut diserang lebah.

Video mengenai kejadian itu turut tular memaparkan sekumpulan orang ramai dilihat berlari menyelamatkan diri daripada serangan serangga berbisa tersebut.

Difahamkan, serangan terbabit berlaku selepas salah seorang pengunjung di kawasan tersebut melontar batu ke arah sebuah sarang lebah yang berada di lokasi.

Menerusi klip berkenaan, beberapa individu juga dilihat terbaring pengsan kesakitan di atas tanah dipercayai selepas disengat lebah.

BACA LAGI: Perang dunia ke-3 boleh tercetus jika Israel dibiar terus cabul undang-undang antarabangsa

BACA LAGI: [VIDEO] Pangkalan udara Israel jadi sasaran peluru berpandu Iran

Pada masa sama, kawasan berkenaan juga didapati penuh dengan sekumpulan lebah yang berterbangan di udara.

Dalam insiden tersebut, seramai 25 individu dilapor dimasukkan ke hospital dengan lapan daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa bertindak pantas dengan menghantar polis dan 108 ambulans untuk membantu membawa mangsa yang cedera ke hospital. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram