JIKA disebut nama Pablo Larrazabal, mungkin anda tidak kenal siapakah dia.
Tapi jika anda masih ingat, ada kisah seorang pemain golf profesional pernah disengat lebah lebih 20 kali ketika beraksi pada kejohanan golf Terbuka Maybank di Kuala Lumpur pada 2014.
Kejadian itu menyaksikan Larrazabal diserang puluhan tebuan ketika beraksi di lubang 14 untuk pukulan kedua.
Menariknya, dia tetap tenang menghadapi situasi cemas itu dan tidak teragak-agak terjun ke dalam air untuk menyelamatkan dirinya daripada terus disengat.
Menariknya, meskipun disengat lebih 20 sengatan namun Larrazabal tetap meneruskan permainannya dan membuat 'birdie' selepas menerima rawatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Lepas ikat 3 import, bekas bintang Buriram United tiba di JDT
Larrazal meneruskan kembali permainan selepas menerima rawatan. — Agensi
BACA LAGI: Mahu minit permainan, Afzal pilih kekal bumi Kelantan
Kini kisahnya kembali tular di laman sosial X yang menunjukkan detik-detik dia diserang lebah tersebut sebelum terjun ke dalam air dan kembali beraksi menamatkan kejohanan tersebut,
Meninjau ruangan komen, rata-rata warga maya memuji tindakan pemain golf profesional itu yang dilihat masih mahu meneruskan permainan tersebut.
"Berputus asa bukanlah pilihan utama, tetap semangat meneruskan permainan," kata @RigobertoDon.
"Terbaik dalam sejarah, masih mahu meneruskan permainan walaupun disengat tebuan," kata @KendoVT.
"Satu tindakan yang patut dipuji, pandai handle masalah," kata @Tianto_006. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram