BERKOMUNIKASI atau meluahkan perasaan boleh menjadi salah satu cara untuk mengurangkan tekanan perasaan. Pelbagai cara boleh dilakukan sama ada bercerita, menulis atau melukis untuk meredakan perasaan.
Selain daripada cara tersebut, menggunakan minyak esensial juga antara yang dapat membantu untuk mengawal tahap emosi seseorang.
Apabila emosi sudah stabil, maka individu terbabit dapat membuat keputusan dan tindakan dengan lebih baik dan rasional.
Siapa sangka molekul kecil itu mampu memberikan impak besar kepada seseorang terutama dalam menenangkan fikiran.
Solehah Baijuri
Secara sainstifik minyak esensial memiliki ciri-ciri unik memandangkan ia mengandungi campuran komponen daripada tumbuhan semula jadi.
Penggunaan bahan semula jadi juga dapat membantu seseorang untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik sekali gus bebas daripada ancaman campuran kandungan kimia terutama dalam produk kesihatan.
Kesedaran terhadap kandungan kimia dalam produk perlu dan menjadi tunjang utama komuniti The Oily Circle giat mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang penggunaan produk berasaskan bahan semula jadi.
Nurul Mukimah
Disebabkan itu pentingnya fahaman dan pengetahuan terhadap maklumat label produk sebelum membuat pembelian.
Ahlinya, Solehah Baijuri, berkata, bukan sahaja melibatkan produk kosmetik, tetapi pelbagai barangan lain juga memerlukan pengguna untuk mengetahui kandungan yang digunakan.
“Kalau kita melihat semula petua orang-orang tua sekiranya sakit tekak boleh minum air asam jawa, demam pula disapukan dengan air bunga raya dan penggunaan madu lebah sekiranya batuk.
“Sasaran kami ini memang lebih fokus kepada kesedaran pengguna terutama kaum ibu yang banyak menghabiskan masa dengan keluarga,” katanya kepada Majoriti.
Pandangan itu turut dikongsikan oleh Nurul Mukimah Muhamad Nazri yang mengharapkan agar ibu bapa memainkan peranan penting dalam institusi kekeluargaan.
Izza Shahira
Jelasnya lagi, penekatan terhadap penggunaan produk berasaskan bahan semula jadi bukan bermaksud menafikan ubat-ubatan atau menolak perubatan hospital.
“Saya tiada niat untuk mengajak sesiapa membelakangkan kaedah rawatan klinikal. Tetapi, pengambilan produk berasaskan kandungan bahan semula jadi ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif rawatan.
“Disebabkan itu saya amat menegaskan ibu bapa agar prihatin terhadap pengambilan produk terutama kandungan dalam kosmetik, ubat gigi, syampu, sabun pemcuci mahupun makanan.
“Ibu perlu memainkan peranan penting kerana dianggap sebagai gatekeeper di rumah dan sekiranya ibu tidak membawa masuk barangan sebegitu di dalam rumah, insya-ALLAH anak-anak tidak akan mengambilnya,” terangnya.
Mengulas lanjut, kesan campuran bahan kimia dalam produk turut mempengaruhi tahap emosi seseorang sehingga menyebabkan berlakunya anxiety dan tekanan perasaan.
Nursakinah
Disebabkan itu, pengguna dinasihatkan untuk mengambil barangan berasaskan produk semula jadi penting untuk kesejahteraan kesihatan jangka masa panjang.
Sementara itu, bagi Izza Shahira Mohd Karim, pengalaman menggunakan produk berasaskan semula jadi membuatkan dirinya yakin terhadap penggunaan.
“Awalnya memang sukar untuk kita mengubah persepsi apabila sudah lama menggunakan produk lain. Tetapi paling penting kena sabar dan memahami bahulu setiap bahan yang digunakan termasuk kesan agar lebih mudah untuk mewujudkan kesedaran tersebut,” terangnya.
Bagi Nursakinah Soleh menekan agar pengguna tidak mudah tertipu dengan tawaran produk yang kononnya menggunakan bahan organik sedangkan itu tidak.
Disebabkan itu Nursakinah serius dan tegas meminta agar pengguna lebih peka dan cakna terhadap kandungan agar lebih tahu jenis barangan apa yang sepatutnya ada di dalam sesuatu produk.
“Pengambilan bahan semula jadi dipercayai mampu menyembuhkan penyakit atau luka daripada dalam. Namun itu bergantung kepada tahap penggunaan dan kesan kepada individu terbabit,” katanya.
Komuniti The Oily Circle amat menitikberatkan soal fahaman dan pengetahuan terhadap membaca kandungan label sesuatu produk.
Kesedaran mental
Di samping itu, The Oily Circle turut menitikberatkan soal kesedaran mental dalam kalangan masyarakat. Berteraskan produk Young Living, komuniti tersebut mengharapkan agar usaha mereka mendapat perhatian masyarakat.
Masakan tidak, penyakit mental dikatakan berdepan dengan kemungkinan menjadi penyakit ketiga berbahaya selepas jantung dan barah pada masa akan datang.
Disebabkan komuniti itu turut menasihatkan terhadap penggunaan minyak esensial bagi membantu mengawal emosi sekali gus mengelakkan tekanan perasaan.
Terdapat pelbagai kaedah boleh dilakukan bagi memdapatkan tindak balas antaran meletakkan minyak tersebut dibeberapa bahagian anggota badan, diletakkan di bawah lidah, lelangit atau meletakkan di dalam peresap (diffuser). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram