IRAN melancarkan lebih 200 dron dan peluru berpandu ke atas Israel pada Sabtu.
Serangan di bawah operasi 'Janji Sejati' itu adalah sebahagian daripada hukuman untuk jenayah yang dilakukan Israel.
Bagaimanapun serangan dron itu mungkin mengambil masa beberapa jam sebelum mencapai sasarannya.
Dua sumber keselamatan di Iraq berkata, berpuluh-puluh dron dikesan terbang dari Iran ke arah Israel di atas ruang udara Iraq.
Iran berikrar membalas dendam atas serangan Israel ke atas konsulatnya di Damsyik pada 1 April yang menyaksikan pembunuhan tujuh pegawai Pengawal Revolusi termasuk dua komander kanan.
BACA LAGI: Perang dunia ke-3 boleh tercetus jika Israel dibiar terus cabul undang-undang antarabangsa
BACA LAGI: Pemandu panas punggung, hadap jem 8 hingga 12 jam andai balik beraya Ahad
Pada Jumaat, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden memberi amaran kepada Iran agar tidak melakukan serangan terhadap Israel.
Tentera Israel berkata, siren akan berbunyi di mana-mana kawasan yang terancam dan pasukan pertahanan bersedia untuk menanganinya.
Israel dan negara jiran Jordan, yang terletak di antara Iraq dan Israel, berkata, mereka menutup ruang udara mereka pada Sabtu malam.
Perang Gaza antara Israel dan Hamas telah mencetuskan ketegangan di rantau itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram