SEORANG lelaki maut selepas kereta Perodua Viva dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ngeri dengan sebuah treler di Masjid Jamek Kampung Pulai Sebatang dekat Pontian, Johor pada Jumaat.
Kejadian itu juga berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Melalui maklumat awal yang dikongsikan, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan manakala mangsa pula meninggal di lokasi kejadian akibat daripada kecederaan parah.
"Kemalangan berlaku di hadapan Masjid Jamek Kampung Pulai Sebatang. Pemandu lori selamat sementara itu pemandu Viva meninggal dunia.
"Mohon maklum kepada keluarga arwah. Teruk kemalangan," tulis individu berkenaan.
BACA LAGI: Dua beradik maut hari terakhir sekolah sebelum cuti raya kemalangan langgar lari di Kuala Kangsar
BACA LAGI: [VIDEO] Rakaman audio bongkar perbuatan bapa durjana cabul, dera seksual anak kandung 5 tahun
Turut tular beberapa gambar memaparkan mangsa yang tersepit di bahagian pemandu kenderaan tersebut.
Lebih mengerikan, kulit kepala mangsa tersiat dan beberapa anggota badannya dilihat patah riuk ekoran daripada impak kemalangan tersebut.
Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada waris mangsa kejadian dan pihak berkuasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram