[VIDEO] Aksi berani mati pemilik 4X4 pandu laju 'dibalas' 5 saman, kenderaan disita polis trafik Sarawak


  • 112
  • Khamis, 04 Apr 2024

Seorang pemandu menerima padah selepas dikenakan lima saman trafik serta kenderaan disita setelah aksi berani mati memandu kereta secara berbahaya di Sarawak. — JSPT Sarawak

SEORANG lelaki menerima padah selepas dikenakan lima saman trafik serta kenderaan disita setelah aksi berani mati memandu kereta secara berbahaya di Sarawak tular di media sosial baru-baru ini.

Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sarawak, siasatan mendapati kejadian berlaku di Lebuhraya Pan Borneo Saratok – Betong pada 4 Mac lalu, pukul 3 petang.

"Aduan mengenai video tular itu diterima polis pada pukul 11 pagi, Isnin.

BACA LAGI : [VIDEO] Beri sedekah al-Quran bukan lakonan — Sunny

BACA LAGI : [VIDEO] 'Niat mungkin baik tapi cara tak kena', mufti ulas isu Datuk Seri Sunny edar al-Quran

“Pihak JSPT Kontinjen Sarawak telah mengarahkan Ibu Pejabat Daerah Kuching mengesan pemandu Toyota Hilux itu bagi tindakan lanjut.

“Polis berjaya mengesan pemandu tersebut dan mengarahkan pemandu untuk hadir ke balai.

“Pemandu Hilux telah hadir serah diri ke balai pada pukul 10.30 pagi Rabu dan hasil siasatan mendapati pemandu mengakui melakukan perbuatan tidak mengikut peraturan trafik di jalan raya,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Sebanyak lima saman Polis Diraja Malaysia (K) 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Malah, Hilux milik suspek juga telah disita di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Jabatan Pengangkutan Jalan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram