[VIDEO] Dituduh potong barisan, influencer Indonesia ludah TikToker Singapura ketika konsert Bruno Mars


  • Benua
  • Isnin, 08 Apr 2024

Tangkap layar video dikongsikan Sabrina mengenai insiden tersebut. — Agensi

TULAR di media sosial mengenai tindakan mengejutkan seorang pempengaruh Indonesia yang meludah ke arah seorang TikToker wanita Singapura di Konsert Bruno Mars baru-baru ini.

Dalam kejadian tersebut, pengguna TikTok itu, sabrinasimisai atau Sabrina mendakwa pempengaruh terbabit yang kemudiannya dikenali sebagai Una Dembler didakwa telah memotong barisan ketika beratur untuk memasuki venue konsert berkenaan.

Bagaimanapun, tindakannya menegur itu menimbulkan situasi tegang antara kedua-dua individu terbabit.

Lebih mengejutkan, Una juga dilihat meludah ke arah Sabrina sebelum beredar.

Video kejadian tersebut yang dimuat naik pada 5 April lalu telah mendapat 1.6 juta tontonan di TikTok.

Sabrina turut menyiarkan video lain pada 6 April dan memberikan maklumat lanjut tentang kejadian itu, yang kini mendapat 2.9 juta tontonan di TikTok.

BACA LAGI: MP PKR tawar diri jadi peguam Akmal Saleh

WhatsApp Image 2024-04-08 at 5.00.57 PM

Tangkap layar video memaparkan reaksi Una yang tidak berpuas hati selepas ditegur oleh Sabrina.

Menerusi klip pertama mengenai insiden tersebut, Una yang berpakaian hitam dan berseluar merah dilihat sedang berada dalam keadaan marah sambil menunjuk ke arah Sabrina.

Tulisan pada hantaran video itu mendakwa Una telah duduk di depan seorang lelaki yang sedang beratur di hadapannya.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, Sabrina kemudian bertanya kepada lelaki itu sama ada dia mengenali Una, dan lelaki terbabit berkata dia menghadiri konsert itu seorang diri.

Pada masa sama, Una kemudiannya memaklumkan dia sedang menunggu seorang kawan.

Susulan daripada itu, Sabrina memberitahu Una bahawa wanita itu kini berada di barisan depan dan perlu mula beratur dari belakang.

Situasi terbabit kemudiannya mencetuskan kemarahan Una dengan kedua-dua individu itu mula bertengkar sebelum wanita dari Indonesia itu bertindak meludah ke arah Sabrina dan beredar.

Ekoran daripada kejadian yang berlaku, Sabrina tampil memberikan penjelasan dalam video kedua yang dimuat naik di TikTok.

Mengulas mengenai kejadian itu, Sabrina berkata dia berasa sangat 'tidak dihormati', namun tidak menyimpan sebarang perasaan marah.

"Ia tidak mengubah hakikat bahawa dia salah untuk memotong barisan," katanya.

Sementara itu, Una kemudian menyiarkan kenyataan di Instagram mengakui kesalahan yang dilakukannya.

Bagaimanapun, wanita itu berkata dia tidak memotong seperti didakwa dan hanya menunggu rakannya yang sedang pergi ke tandas.

Ujar Una, dia tidak sedar bahawa dia telah duduk begitu hampir dengan mereka yang sedang beratur di bahagian depan.

Wanita itu juga mendakwa bahawa seseorang telah membaling nasi ke arahnya.

Bagaimanapun, tuduhan itu dinafikan oleh Sabrina.

Bercakap kepada media tempatan, Sabrina berkata, dia tidak menyedari mengenai dakwaan dibuat Una.

"Saya agak kecewa kerana saya fikir dia telah mengetahui keseriusan perkara ini, terutamanya di Singapura di mana terdapat denda untuk meludah di khalayak ramai atau ke atas orang lain," katanya.

BACA LAGI: Warga emas ada sejarah penyakit jantung dikhuatiri hilang lepas keluar rumah di Kuala Terengganu

IMG_6535

Tangkap layar hantaran di Instagram Una yang memberikan penjelasan daripada pihaknya mengenai insiden tular itu. — Agensi

Dia juga mendakwa Una memberikan gambaran tidak benar tentang kejadian itu kepada pengikutnya.

Sabrina berkata, dia "kecewa" apabila mengetahui Una menuduhnya membaling nasi dan bukannya meminta maaf atas kejadian itu.

"Saya rasa sangat kecewa apabila dia cuba membuat cerita seakan-akan dirinya teraniaya sehingga membenarkan perbuatannya meludah," tambahnya.

Sabrina juga berkata, dia telah beratur sejak pukul 11 pagi, sehingga pintu dibuka pada pukul 4:30 petang.

Pada masa sama, dia berkata, tiada seorang pun dalam kalangan penonton di konsert itu membaling makanan atau nasi kepada Una seperti yang didakwa.

Jelasnya, tuduhan itu sekiranya benar-benar berlaku sepatutnya boleh disedari oleh orang ramai kerana ia terjadi ketika cuaca cerah pada pukul 3 petang.

Sabrina juga memberitahu Una meludahnya sebanyak dua kali. Ini kerana wanita itu didakwa datang semula untuk mengulangi perbuatan tidak senonoh itu selepas beredar ketika pergaduhan kali pertama.

Pada masa sama, Sabrina kemudiannya berkongsi dengan media tempatan permohonan maaf terimanya daripada Una melalui hantaran mesej di Instagram. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram