SESI berbuka puasa bertukar tragedi apabila dapur mudah alih yang digunakan untuk memasak stimbot meletup secara tiba-tiba di Makassar, Indonesia pada Sabtu.
Situasi panik itu menyebabkan seorang wanita yang berada berhampiran dengan dapur itu dikatakan cedera di kakinya.
Menerusi video tular di media sosial sejak Ahad, kelihatan beberapa keluarga sedang menikmati juadah iftar sebelum satu dapur gas meletup.
BACA LAGI: Sakit perut lepas makan 'scramble eggs' rupanya sebab ada 'bangkai' dalam tin susu sejat
BACA LAGI: Vern's mohon maaf, akui logo kasut tak sempurna, tiada niat niat perlekeh hina kalimah ALLAH
Dalam video itu, kejadian berlaku ketika seorang wanita sedang membakar daging.
Beberapa orang dilihat bergegas berdiri dan menjauhi kawasan dapur itu serta cuba meminta bantuan orang lain.
Berlaku juga kebakaran kecil sebelum sempat dipadamkan selepas letupan itu.
"Sejak itu, semua senyuman berubah," tulisnya.
Dalam pada itu, kejadian itu menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada warga maya terhadap punca letupan tersebut.
Ramai yang mengesyaki bahawa terdapat kebocoran gas dan terlalu dekat dengan telefon pintar.
"Kena jauhkan telefon pintar dari dapur gas," komen pengguna TikTok @@T.
"Dapur terlalu panas, gas tidak ditutup," sangka @kukaamil.
Sementara itu, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu setakat ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram