Ada persamaan dengan Darren Lok, ‘ubi muda’ JDT tunggu masa untuk ‘meletup’


  • Podium
  • Sabtu, 06 Apr 2024

Skuad Harimau Muda yang mempunyai perlawanan persahabatan dijangka berpeluang mara ke suku akhir Piala Asia 2023. — Facebook/FAM

PENYERANG kacukan Malaysia-Scotland Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan, Fergus Tierney dijangka berpotensi untuk menjadi pelapis tonggak Sabah FC, Darren Lok.

Penyerang berusia 21 tahun terkenal dengan memberikan tekanan kepada pihak lawan dan bijak mencipta peluang selain tampil sebagai penyudah yang tajam.

Kelebihan itu sekali gus menjadikannya tonggak utama skuad Harimau Muda tersebut sudah bersiap sedia untuk ke Doha, Qatar dalam saingan Piala Asia 2023 bermula 15 April hingga 3 Mei nanti.

Pada Khamis, Tierney muncul wira untuk Malaysia dengan menjaringkan satu gol dalam kekalahan 1-2 kepada pasukan B-23 Tahun China dalam perlawanan persahabatan tertutup di Doha.

BACA LAGI: Penang-Perak sama handal, pemburuan striker tajam perlu diteruskan

WhatsApp Image 2024-04-06 at 10.20.35

Sebahagian aksi Tierney (jersi kuning) yang dikawal ketat oleh pertahanan B-23 China. — Facebook/FAM

BACA LAGI: Tampil 1 aksi dalam 34 perlawanan, kualiti import baharu Jang cetus persoalan

Meskipun tidak berada dalam skuad latihan sejak awal, Tierney yang hanya menyertai pasukan kendalian jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido pada 28 Mac, menunjukkan dia berjaya mendapatkan keserasian dengan baik dengan rakan sepasukannya.

“Saya berada dalam keadaan terbaik kerana persiapan saya bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) semasa pramusim. Dari segi kecergasan dan bentuk, saya rasa baik,” kata pemain berusia 21 tahun itu, yang telah menjaringkan lima gol dalam 14 penampilan antarabangsa B-23 Tahun bersama Malaysia.

Tierney yang pernah berlatih di pelbagai akademi di Asia dan Eropah sebelum menyertai Penang dan kini JDT pastinya menggunakan pengalaman tersebut sebaik mungkin.

Untuk rekod, sebelum dinaikkan pangkat ke skuad B-23 Tahun, dia pernah bermain untuk pasukan B-19 musim lepas.

Ketika ini, Tierney perlu bersaing dengan pemain seperti Haqimi Azim Rosli dan Luqman Hakim Shamsuddin untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama kerana dia kerap diturunkan sebagai pemain gantian.

"Saya bersedia untuk bekerja keras kerana kejohanan ini adalah peluang besar untuk saya membuktikan diri," katanya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meletakkan sasaran ke suku akhir untuk pasukan B-23 tahun dan ada yang berharap mereka dapat ke separuh akhir, yang boleh membolehkan mereka mendapat tempat ke Sukan Olimpik Paris. — The Star/T.AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram