[VIDEO] Bunyi misteri didedah lepas hampir setahun tragedi kapal selam pelancong meletup


  • Benua
  • Ahad, 31 Mac 2024

Kapal selam Titan, yang dimiliki oleh syarikat pelancongan dan penerokaan OceanGate Expedition, hilang pada 18 Jun 2023, semasa eksplorasi ke kawasan tenggelamnya Titanic. — Agensi

APABILA sebuah kapal selam pelancong yang sedang membuat ekplorasi berdekatan lokasi Titanic karam hilang pada Jun 2023, pasukan penyelamat menaruh harapan mereka untuk mencari mereka terselamat selepas mendengar satu bunyi ketukan aneh dipercayai daripada kapal berkenaan.

Meskipun sudah dimaklumkan kepada umum, namun audio terbabit tidak segera dikongsikan kepada orang awam

Bagaimanapun, klip bunyi itu kemudiannya diberikan oleh pasukan Tentera Udara Kanada, yang mengetuai misi mencari dan menyelamat kapal selam tersebut kepada sebuah pasukan penerbitan dokumentari dari United Kingdom (UK), ITN Productions.

Dalam klip yang ditayangkan dokumentari itu pada akhir Februari lalu, empat bunyi dentuman boleh didengari dalam rakaman sonar.

"Kedengarannya seperti ada individu yang membuat ketukan, simetri antara ketukan itu sangat luar biasa," kata bekas kapten kapal selam Tentera Laut dari UK, Ryan Ramsey dalam klip dokumentari berkenaan.

Bunyi misteri itu diambil oleh pesawat Kanada yang menjatuhkan sonobuoy di kawasan kapal selam hilang tersebut.

Ketukan itu didengari secara berkala "setiap 30 minit," menurut kenyataan dari Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) pada masa itu.

"Ia beritma, seperti seseorang membuat bunyi itu dan fakta bahawa ia diulang adalah sangat luar biasa," kata Ramsey.

BACA LAGI: Video tular diambil di luar konteks, cubaan calar imej — Fadhlina

WhatsApp Image 2024-03-31 at 10.31.44 PM

Serpihan kapal selam Titan yang meletup ketika sedang membuat pengembaraan di bawah laut. — Agensi

BACA LAGI: Haram guna perkataan kafir: Fadhlina Sidek buat laporan polis terhadap 2 pengendali akaun Facebook

Selepas pencarian yang dilakukan, didapati kapal selam yang dikenali sebagai Titan itu meletup ketika turun.

Seorang pegawai Tentera Laut AS memberitahu CBS News bunyi dentuman berkemungkinan besar sama ada bunyi lautan atau bunyi dari kapal pencarian lain.

Kapal selam Titan, yang dimiliki oleh syarikat pelancongan dan penerokaan OceanGate Expedition, hilang pada 18 Jun 2023, semasa eksplorasi ke kawasan tenggelamnya Titanic.

Terdapat lima individu berada di atas kapal selam itu terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush; dua ahli keluarga Pakistan terkenal, Shahzada Dawood dan anaknya Suleman Dawood; pengembara British, Hamish Harding dan pakar Titanic, Paul-Henri Nargeolet.

Kapal selam itu kehilangan isyarat dengan kru daratnya kira-kira satu jam 45 minit selepas melakukan perjalanan.

Memandangkan kapal itu hanya dilengkapi dengan oksigen selama 96 jam, misi menyelamat adalah menjadi lebih mendesak dan ia menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.

Pada 22 Jun, selepas empat hari mencari, Pengawal Pantai AS menemui serpihan dari kapal selam dan menganggap kesemua lima penumpang mati.

Serpihan itu ditemui kira-kira 457.2 meter dari kapal karam Titanic.

Letupan kapal itu dipercayai berlaku secara serta-merta akibat tekanan yang sangat dalam di dalam air.

Kapal selam itu yang tidak dikawal selia pembinaannya dibangunkan dengan menggunakan alat ganti daripada syarikat pembekal RV dan dikawal menggunakan pengawal gamepad Logitech 2011.

Kapal gentian karbon dan titanium itu mempunyai keupayaan menyelam lebih daripada lebih 3,962 meter) dan boleh membawa lima penumpang.

OceanGate telah berjaya melakukan perjalanan ke tapak kapal karam Titanic pada 2021 dan 2022, menurut laman web syarikat itu.

OceanGate Expeditions menggantung semua penerokaan dan operasi komersial syarikat pada Julai 2023. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram