[VIDEO] Jambatan ikonik Francis Scott Key di AS runtuh dirempuh kapal kontena


  • Benua
  • Selasa, 26 Mac 2024

Situasi ketika jambatan Francis Scott Key di Baltimore, AS runtuh selepas dirempuh sebuah kapal kontena pada Selasa. — Agensi

JAMBATAN Francis Scott Key di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) runtuh selepas dirempuh sebuah kapal kontena dalam kejadian pukul 1.30 pagi Selasa.

Pihak berkuasa pengangkutan Maryland dilaporkan menutup semua laluan menuju ke jambatan tersebut buat sementara waktu bagi tindakan lanjut.

“Semua lorong di kedua-dua arah ditutup ekoran insiden di Jambatan Utama I-695. Trafik sedang dilencongkan,” katanya menerusi satu ciapan di laman X (Twitter) pada Selasa.

Kejadian menimpa jambatan ikonik yang juga dikenali sebagai Outer Harbor Bridge itu juga sempat dirakam orang awam yang sedang merekodkan suasana sekitar kawasan berkenaan.

Berdasarkan klip berdurasi 53 saat itu, kapal kontena tersebut dilihat melanggar sebahagian besar struktur tiang di tengah-tengah jambatan, sebelum ia roboh.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

BACA LAGI: Tak puas hati kena tendang punca lelaki maut ditumbuk warga asing di pusat hiburan PJ

Kapal kontena berkenaan juga meletup sewaktu perlanggaran berlaku.

Sementara itu, pasukan bomba Baltimore City memberitahu, pihaknya menyelamatkan sekurang-kurangnya tujuh individu yang dipercayai terjatuh ke dalam sungai akibat kejadian itu.

Media antarabangsa memaklumkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini, sebaliknya hanya berlaku kesesakan trafik di jambatan itu saat insiden berlaku.

Laman web pemantauan kapal, MarineTraffic menunjukkan sebuah kapal kontena berbendera Singapura bernama Dali berhenti di bawah jambatan pada pagi Selasa.

Untuk rekod, Jambatan Francis Scott Key adalah jambatan kekuda berterusan yang merentangi Sungai Patapsco dan merupakan jambatan kekuda ketiga terpanjang di dunia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram