Fakta: Bukan 1939, kapal selam Jerman berlabuh di Pulau Pinang selepas 5 tahun


  • Relaks
  • Isnin, 27 Jun 2022

KAPAL selam U-181 dilancarkan pada 30 Disember 1941.

BEBERAPA tahun lalu, koleksi gambar Pulau Pinang dari 1890-an hingga 1980-an muncul dalam talian dan salah satu gambar datang dengan kapsyen menyatakan bahawa kapal selam Jerman jenis U-181 berlabuh di Jeti Swettenham Pulau Pinang pada 1939.

Dakwaan itu sebenarnya adalah palsu kerana sehingga 1941, kapal selam U-181 belum dibina di Bremen, Jerman.

Ia mula dibina pada 15 Mac 1941 sebelum dilancarkan pada 30 Disember tahun sama.

Kapal itu ditugaskan pada 9 Mei 1942 di bawah perintah Kapten Leftenan Wolfgang Lüth.

Rekod menunjukkan kapal selam U-181 beroperasi dalam rondaan di luar Afrika Selatan dan Mozambique, Afrika Tenggara di bawah arahan Lüth sebelum tiba di Pulau Pinang pada 8 Ogos 1944 di bawah arahan Kapten Kurt Freiwald setelah belayar keluar dari Bordeaux, Perancis pada 16 Mac 1944.

Kapal selam U-181 beroperasi di Pulau Pinang, Singapura dan Batavia di bawah pimpinan Friewald dan Kapten Leftenan Oskar Herwartz sebagai sebahagian daripada "Gruppe Monsun" atau Kumpulan Monsun yang beroperasi di Lautan Hindi.

Ia kemudiannya dipindahkan ke Tentera Laut Imperial Jepun pada 5 Mei 1945 di Singapura, yang mana ia dinamakan semula sebagai I 501 pada 15 Julai 1945.

Kapal selam itu dikeluarkan dari Singapura oleh British dan diletakkan di Selat Melaka pada 15 Februari 1946. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram