Haram guna perkataan kafir: Fadhlina Sidek buat laporan polis terhadap 2 pengendali akaun Facebook


  • Primer
  • Sabtu, 30 Mac 2024

Fadhlina terima ugutan daripada warga maya susulan dakwaan beliau mengharamkan anak-anak menggunakan perkataan kafir di rumah.

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek membuat laporan polis terhadap dua individu di sebalik akaun Facebook berhubung fitnah yang dilemparkan ke atas beliau.

Fadhlina dilaporkan menerima ugutan daripada warga maya susulan dakwaan beliau mengharamkan anak-anak menggunakan perkataan kafir di rumah.

Perkongsian video dan poster yang diedit itu menjadi bualan ramai sejak ia disebarkan di media sosial sejak Jumaat, selain menerima ancaman keselamatan.

Hantaran yang tular itu menuduh Fadhlina menyebut 'perkataan kafir pun saya haramkan di rumah' dan 'perkataan kafir pun saya haramkan di rumah saya'.

Berdasarkan laporan polis berkenaan, gambar tersebut paling banyak dikongsi di aplikasi oleh pengendali akaun bernama Muhammad Rifaat Razman dan JKKK Fan Club.

"Video yang diambil di luar konteks telah pun dipadam tetapi masih dikongsikan di laman sosial lain.

"Hal ini menyebabkan Fadhlina menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen.

"Saya bimbang keselamatan YB (Yang Berhormat) Fadhlina kerana isu ini akan menjadi 3R (Agama, Bangsa dan Institusi Diraja), saya buat laporan ini untuk polis buat tindakan selanjutnya," katanya.

BACA LAGI: [VIDEO] Dah anggap macam keluarga, instafamous terkejut tengok CCTV anak kena dera pengasuh

polis

Tangkap layar laporan polis yang dibuat Fadhlina.

BACA LAGI: [VIDEO] Adik sayu tatap jasad abang kaku depan mata dalam nahas lori rempuh kereta di Pontian

Sementara itu, Fadhlina menerusi hantaran di Facebook miliknya berkata, kesemua bahan bukti sedang dikumpulkan untuk diambil tindakan undang-undang.

"Atas nasihat pasukan peguam, kesemua bukti daripada hantaran, komentar dan mesej peribadi di media sosial yang pelbagai sedang dikumpulkan dan tindakan undang-undang akan diambil.

"Mungkin ada yang memang bertindak dengan sengaja, ada pula bertindak melulu atas kejahilan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram