[VIDEO] Remaja bunuh gelandangan guna pisau dapur, simpan kepala dan tangan dalam almari


  • Benua
  • Jumaat, 29 Mac 2024

Perbuatan Brian Cohee diketahui oleh ibunya selepas menemui kepala mangsa di dalam sebuah almari di rumahnya di AS pada 2021. — Agensi

TRAGEDI melibatkan pembunuhan kejam seorang gelandangan yang dibunuh seorang remaja lelaki pernah mendapat perhatian masyarakat dunia pada 2021.

Kejadian mengerikan yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) itu pernah didokumentasikan dan ditayangkan menerusi saluran YouTube bertajuk Parents Discover Teen Son’s Horrifying Secret.

Mengimbau kembali peristiwa dahsyat tersebut, pelaku jenayah itu, Brian Cohee Jr yang berusia 19 tahun pada ketika itu bukan hanya membunuh mangsa, malah memotong mayat gelandangan tersebut dan menyimpannya di rumah.

Mangsa yang dikenali sebagai Warren Barnes, 69, pula dikatakan dikenali dan disukai oleh masyarakat setempat.

Hinggalah pada satu hari, ibu Brian sendiri yang menemui kepala Barnes di dalam almari pakaian anaknya.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

BACA LAGI: Ada yang 'tak termakan' kisah sedih Datuk Red, polis siasat dakwaan scam jual beli tanah

Bukan hanya itu, wanita tersebut turut menjumpai tangan mangsa di dalam sebuah beg plastik berasingan yang juga disimpan dalam almari pakaiannya.

Terkejut dengan penemuan tersebut, dia bertindak segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan mengenai kejadian ngeri itu.

Rakaman perbualan tersebut dirakam dan disiarkan dalam dokumentari tersebut.

Brian kemudian ditangkap dan mengaku membunuh mangsa dengan menggunakan pisau dapur.

WhatsApp Image 2024-03-29 at 22.35.25

Brian dikatakan mengalami masalah gangguan mental dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kematian. — Agensi

Brian cuba menghapuskan bukti dengan meletakkan bahagian lain badan mangsa ke dalam sebuah bagasi sebelum membuangnya di Sungai Colorado.

Untuk rekod, enam bulan sebelum kejadian, lelaki itu sebenarnya sudah merancang untuk membunuh seseorang, dia pada akhirnya memutuskan untuk membunuh gelandangan atau pelacur dengan andaian tiada siapa yang akan merindui mereka.

Brian bagaimanapun dikatakan mengalami masalah gangguan mental dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kematian. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram