PADA Selasa, bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali,40, mengesahkan bahawa dia sudah menikah dengan wanita lain seperti dakwaan yang tular di laman media.
Pengesahan itu dibuat oleh Safee ketika hadir prosiding pengesahan lafaz cerai dengan bekas isterinya, Fitria Elfina Maharip, 44, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor pada Selasa.
Safee bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai isteri baharu yang dinikahinya pada 26 Januari lalu itu.
Mengenai bekas isterinya pula, Fitria Elfina merupakan warga Indonesia yang dinikahinya pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan hasil perkongsian rumah tangga.
Sebelum itu, Safee juga pernah berkahwin dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012 dan dia juga mempunyai dua anak hasil perkongsian hidup pada perkahwinan pertamanya.
BACA LAGI: 'Tak payah melompat-lompat, cari cheap publicity', TMJ nasihat Arif Aiman lepas menang MVP
Selain berkhidmat bersama Harimau Malaya, Safee Sali pernah menabur bakti bersama kelab di negara jiran, Pelita Jaya FC.
BACA LAGI: 'Keadaan padang bunuh rentak', Harimau Malaya tempang, janggal di gelanggang sendiri
Mengimbau kembali laporan kemelut rumah tangga bekas penyerang Harimau Malaya itu dengan Sabarina, Safee bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu di luar mahkamah.
Perkara itu dimaklumkan peguam syarie, Norrasyada Osman yang mewakili Safee pada prosiding sebutan permohonan perintah kembali taat difailkan olehnya terhadap Sabrina yang juga merupakan isteri pertamanya ketika itu.
"Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes ini dengan cara terbaik. Anak guam saya ingin menarik balik permohonan (perintah kembali taat)," katanya menurut laporan media pada 28 Mac 2012.
Sebelum itu, pada November 2011, Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, dilaporkan memfailkan permohonan perintah kembali taat terhadap Sabarina.
Permohonan itu difailkan kira-kira tiga bulan sebelum penyerang kebangsaan itu memperbaharui kontrak dua tahun dengan kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya FC.
Safee (kanan) dan Sabarina ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 2012.
Pasangan itu dilaporkan tinggal bersama dua anak mereka, Nur Syaza Syaqina dan Nursyasya Safirna.
Pada 2 Februari 2011, akhbar melaporkan Safee boleh dianggap pemain bola sepak Malaysia pertama bergelar jutawan apabila menyambung kontrak dua tahun bersama Pelita Jaya FC bernilai lebih RM2 juta.
Berdasarkan kontrak baru berkenaan, bekas penyerang kebangsaan itu ditawarkan gaji melebihi RM90,000 sebulan selain pelbagai faedah seperti Duta Sekolah Sepak Bola Pelita Jaya serta duta beberapa produk tertentu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram