PENYERANG skuad kebangsaan, Darren Lok menggambarkan tuah tidak memihak jadi punca kekalahan 0-2 di tangan Oman pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada Selasa.
Daripada mengeluh kekurangan kecergasan perlawanan dalam kalangan pemain dan keadaan padang yang teruk, Darren hanya berpendapat bahawa malam menentang Oman pada Selasa itu bukan milik mereka.
"Kami (Harimau Malaya) tidak boleh meneruskan dengan alasan seperti padang tidak betul atau liga tidak berlangsung jadi punca tewas. Malam ini (Selasa) sama sekali bukan malam kami.
"Bukan mudah dengan perlawanan antarabangsa kerana selepas ini masing-masing akan kembali ke kelab dan tidak akan bertemu rakan sepasukan skuad kebangsaan untuk seketika.
“Kami kini mahu bekerja keras untuk memperbaikinya. Kami akan meningkatkan kecergasan kami dengan kelab masing-masing dan memperbaiki semula keadaan," kata pemain Sabah berusia 33 tahun itu.
BACA LAGI: 'Keadaan padang bunuh rentak', Harimau Malaya tempang, janggal di gelanggang sendiri
Antara aksi Darren ketika aksi menentang Oman pada Selasa. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Pan-gon perlu kembali nilai pemain HM mana layak turun '1st eleven' — Rajagobal
Pemain tengah, Stuart Wilkin berkata, rakan sepasukannya sudah memberikan yang terbaik tetapi Oman beraksi dengan baik dan tidak memberikan banyak peluang kepada Harimau Malaya.
“Kita perlu bangkit daripada kekalahan ini. Kami perlu memenangi dua perlawanan menentang Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun nanti. Kekalahan menentang Oman pastinya sukar untuk diterima.
“Kami cuba mendapatkan lebih banyak hantaran lintang ke dalam kotak untuk mendapatkan lebih banyak peluang menyerang tetapi penjaga gol Oman laksanakan tugas sangat cemerlang dengan melakukan tangkapan yang baik.
“Keupayaan membuat keputusan mungkin boleh dilakukan lebih baik. Sesetengah keputusan boleh mengubah permainan sama ada menguasai atau sebaliknya. Kami akan belajar daripada kekalahan ini," kata pemain Sabah FC yang berusia 26 tahun itu.
Malaysia akan melengkapkan kempen kelayakan pusingan kedua mereka dengan menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun di Bishkek dan tujuh hari kemudian, Harimau Malaya akan menentang Taiwan di Kuala Lumpur. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram