Reman 13 pelajar, suspek kes bunuh Mohammad Nazmie Aizzat di Lahad Datu dilanjutkan seminggu


Muhd Nazmie Aizat (gambar kecil) ditemui mati di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu pada 22 Mac lalu. — PDRM

POLIS mendapatkan perintah reman tujuh hari lagi terhadap 13 pelajar sekolah vokasional berhubung siasatan kes pembunuhan salah seorang penghuni asrama di Lahad Datu, Sabah pada 22 Mac lalu.

Majistret Nur Asyraf Zolhani membenarkan permohonan itu oleh polis selepas suspek dibawa ke Mahkamah Lahad Datu pada pukul 9.20 pagi Jumaat.

13 suspek berusia antara 16 dan 19 tahun itu ditahan bagi membantu pembunuhan Mohammad Nazmie Aizzat Muhd ​​Narul Azwan, 17, yang ditemui mati di asrama kolej vokasional oleh warden pada pukul 6.50 pagi.

Suspek pertama kali direman selama enam hari apabila mereka ditahan pada 22 Mac lalu.

BACA LAGI: Badan penuh lebam, Muhd Nazmie Aizat maut kena belasah dalam asrama kolej vokasional di Lahad Datu

2617487

13 suspek berusia antara 16 dan 19 tahun itu ditahan bagi membantu pembunuhan Mohammad Nazmie Aizzat Muhd ​​Narul Azwan. — The Star

BACA LAGI: Dituduh curi RM85 punca Mohammad Nazmie Aizzat dibelasah hingga maut

Berdasarkan siasatan awal, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa yang merupakan pelajar bioteknologi di kolej itu dipukul oleh rakan asramanya yang mengesyakinya mencuri RM85 daripada dua pelajar.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pasukan petugas khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Siasatan/Undang-undang Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Cyril Edward Nuing telah dibentuk untuk menyelia siasatan itu.

Beliau berkata, pasukan petugas itu akan memastikan ketelusan dalam semua aspek siasatan.

Tambah beliau lagi, polis tidak mendedahkan keputusan penuh bedah siasat untuk mengelakkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.— TheStar/MUGUNTAN VANAR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram