[VIDEO] Budak 'drop out' sekolah maut leher terkena bilah helikopter buatan sendiri ketika ujian


  • Benua
  • Khamis, 28 Mac 2024

Sheikh Ismail maut ketika menguji helikopter yang dibinanya selama dua tahun. — Agensi

NIAT murni seorang anak muda di Maharashtra, India untuk membina sendiri helikopter mampu milik berakhir tragedi selepas dia terbunuh ketika sesi ujian terhadap kenderaan udara tersebut.

Kejadian menyayat hati itu berlaku sekitar Ogos 2021 melibatkan seorang lelaki berusia 24 tahun yang dikenali sebagai Sheikh Ismail Sheikh Ibrahim.

Bekerja sebagai jurukimpal, Sheikh Ismail yang memiliki minat terhadap dunia penerbangan memilik hasrat untuk membina helikopter pada harga semurah 30 lakh rupee India atau RM170.184.

Meskipun merupakan pelajar yang tercicir dan gagal melanjutkan pelajaran ke pendidikan menengah, dia memiliki minat terhadap industri aeronautikal.

Malah, misi Sheikh Ismail untuk membina helikopter sendiri di kampungnya itu juga terinspirasi selepas menonton filem popular, 3 Idiots.

Untuk mencapai impian berkenaan, dia juga melihat banyak video di YouTube untuk mengumpul kesemua maklumat mengenai rekaan dan langkah untuk membina helikopter tersebut.

BACA LAGI: Ambil ilham suasana KL 1935, jurutera ini mula inisiatif berbasikal ke tarawih

WhatsApp Image 2024-03-27 at 11.44.40 PM

Sheikh Ismail terus terjatuh dari tempat duduknya dan rebah ke atas tanah selepas kemalangan tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] AS dah keluar amaran 2 minggu awal, lebih 60 maut serangan kumpulan bersenjata, pakai baju celoreng di Moscow

Sheikh Ismail juga mengambil masa selama dua tahun untuk membina kenderaan udara berkenaan dan mengambil keputusan untuk melakukan ujian terhadapnya sekitar Ogos 2021.

Pada malam kejadian, Sheikh Ismail yang bersemangat untuk mencuba kenderaan yang dibina dengan tangannya sendiri itu duduk di kerusi pemandu helikopter tersebut.

Bagaimanapun bilah di bahagian ekor helikopter itu tercabut sebaik ia mula berputar menyebabkan ia terpelanting ke arah bilah utama.

Situasi itu menyebabkan salah satu bilah yang tercabut itu mengenai bahagian leher Sheikh Ismail yang kemudiannya terus terjatuh dari tempat duduknya dan rebah ke atas tanah.

"Sebelum sesiapa dapat memahami apa yang berlaku, sekeping bilah yang patah telah terpelanting dan mengenai leher Sheikh Ismail dan dia rebah ke tanah,” kata salah seorang saksi.

Dilaporkan, mangsa meninggal dunia sebelum sempat untuk mendapatkan rawatan di hospital.

Menurut rakan Sheikh Ismail, sebelum ini, pemuda itu kebiasaannya akan memakai topi keselamatan dan alat penutup telinga ketika melakukan ujian terhadap helikopter tersebut.

"Tetapi pada malam itu, dia tidak memakai kedua-dua alat itu," katanya.

Insiden tersebut turut dirakam dan tular di media sosial. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram