Seminggu sebelum serangan Crocus, aset tentera AS dikesan di Tajikistan


  • Benua
  • Isnin, 25 Mac 2024

Keadaan selepas serangan pengganas ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk, di pinggir barat Moscow pada Jumaat lalu.

BERLAKU serangan keganasan ke atas Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk, sebuah bandar Rusia di pinggir barat Moscow pada Jumaat lalu.

Serangan yang terjadi semasa konsert kumpulan muzik Picnic itu dilakukan kurang seminggu selepas Presiden Vladimir Putin memenangi pilihan raya Rusia.

Kejadian ngeri itu juga meragut sekurang-kurangnya 143 nyawa manakala lebih 145 individu lain dilaporkan cedera.

Ini menjadikannya sebagai serangan terburuk pernah dihadapi republik itu dalam tempoh kira-kira lebih dua dekad.

Dalam pada itu, timbul dakwaan mengatakan sebuah pesawat pasukan tentera khas Amerika Syarikat (AS) diterbangkan ke Kazakhstan dan Tajikistan seminggu sebelum serangan berdarah di Crocus.

BACA LAGI: 'Tengoklah nanti', rakyat resah rumours harga petrol RON95 naik makin kuat

serangan

Pesawat tentera khas AS didakwa mengadakan lawatan ke Kazakhstan dan Tajikistan seminggu sebelum serangan. — Agensi

BACA LAGI: Tauke maut dihempap pagar kilang sendiri di Tanah Merah

Pesawat MJ-130 dari Skuadron Khas ke-9 itu dikatakan terbang merentasi antara Tbilisi dan Almaty.

Selain itu, sebuah pesawat S-17 juga dikesan kembali ke Tajikistan.

Media antarabangsa melaporkan bahawa ia bukanlah penerbangan biasa.

Ini kerana ia berlaku semasa AS memberi amaran awal tentang serangan berpotensi yang menyasarkan 'perhimpunan besar' termasuk konsert di Moscow pada awal bulan lalu.

Laporan sama turut mendakwa Agensi perisikan Britain (MI6) dan Perisikan Tentera Ukraine (GUR) sedang merancang sesuatu di kawasan Asia Tengah untuk Rusia.

Malah penerbangan yang agak mencurigakan sebelum serangan itu juga menguatkan lagi dakwaan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram