[VIDEO] Warga emas acu pistol pada penarik kereta ada lesen sah, nafi hutang kereta tertunggak


  • 112
  • Jumaat, 22 Mac 2024

Tangkap layar menunjukkan seorang warga emas bertindak mengacu sepucuk pistol ke arah penarik kereta dalam kejadian di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor.

POLIS mengesahkan warga emas yang bertindak mengacu sepucuk pistol ke arah penarik kereta dalam kejadian di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor pada Selasa lalu memiliki lesen senjata api yang sah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, seorang penarik kenderaan berusia 34 tahun membuat laporan polis pada pukul 12.48 malam, Khamis berhubung insiden itu.

Menurutnya, pengadu bersama rakan sekerja ditugaskan menarik sebuah kenderaan dinaiki seorang wanita yang didakwa memiliki tunggakan bayaran kira-kira pukul 10.55 pagi, Selasa.

"Dalam proses menarik kereta, datang seorang lelaki berusia 60 tahun menghalang pengadu untuk menarik kereta dengan alasan tidak dapat menunjukkan surat bank dan laporan polis berkenaan tunggakan bayaran.

“Suspek juga menafikan kereta yang dinaiki anak perempuannya mempunyai tunggakan bayaran dengan pihak bank.

“Berlaku selisih faham sebelum suspek mengeluarkan pistol dari belakang badannya sebelum menghalau pengadu dan rakan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

BACA LAGI: [VIDEO] Sampai bergegar kereta nak selamatkan budak ditinggalkan tidur sendirian dalam kereta di Miri

BACA LAGI: 'Tengoklah nanti', rakyat resah rumours harga petrol RON95 naik makin kuat

Beliau berkata, pengadu kemudian beredar dari lokasi kejadian kerana bimbang perkara tidak diingini menimpanya.

Bagaimanapun dia sempat merakam perbuatan suspek ketika memegang senjata tersebut.

Mohd Zaid menambah, kedua-dua pihak tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang dan suspek diambil keretangan manakala polis merampas senjata tersbeut untuk siasatan lanjut.

“Suspek mendakwa melakukan perbuatan tersebut kerana curiga akan pengadu yang disangka mempunyai niat jahat untuk menarik kereta selain gagal membuktikan melalui dokumen sah,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Tasnim Mohamed Nor di talian 014-6209960. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram