Tauke maut dihempap pagar kilang sendiri di Tanah Merah


  • 112
  • Isnin, 25 Mac 2024

Keadaan pagar yang menghempap mangsa dalam kejadian di kawasan perindustrian, dekat Tanah Merah, Kelantan pada petang Ahad.

SEORANG pemilik kilang dawai maut selepas dihempap pintu pagar di premisnya di kawasan perindustrian, dekat Tanah Merah, Kelantan pada petang Ahad.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, mangsa, Goh Sin Bong, 70, dikatakan sedang memeriksa pintu pagar kedua kilang tersebut dan menolak untuk menutupnya.

Roda pagar itu bagaimanapun terkeluar dari landasan hingga mengakibatkan pintu pagar berkenaan terbalik lalu menghempap badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang perbuatan jenayah atau berlaku pergaduhan dalam kes tersebut.

"Mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat dan punca kematian disebabkan kecederaan kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: 'Tengoklah nanti', rakyat resah rumours harga petrol RON95 naik makin kuat

BACA LAGI: Penasihat hartanah dedah trend berjimat hantar ibu bapa duduk bilik sewa, tak guna lagi khimat pusat jagaan orang tua

Mohd Haki memaklumkan, mangsa merupakan pemilik kilang tersebut.

Menurutnya, hasil siasatan turut mendapati kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang memeriksa pintu pagar kedua kilang.

"Mangsa juga tinggal di kawasan kilang berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," jelas beliau.

Mangsa difahamkan cuba untuk menutup pintu pagar tersebut kerana ia sudah lama tidak digunakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram