TIDAK semua manusia dilahirkan di dunia dapat menjalani kehidupan secara normal.
Sama seperti kisah seorang lelaki bernama Paul Alexander yang berjuang untuk hidup selepas diserang wabak penyakit berbahaya iaitu polio.
Penyakit polio adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus polio dan ia menyerang sistem saraf manusia sehingga menyebabkan kelumpuhan kekal.
BACA LAGI : Kononnya nak ronda-ronda pusing kampung, 2 remaja perempuan tersangkut atas bumbung rumah jiran
Video by Paul Alexander who is one of the last people living in an iron lung. He contracted polio when he was just 6 years old back in 1952. He’s been using his iron long for over 70 years now. He also just celebrated his 78th birthday yesterday. pic.twitter.com/cZcLaVQZoe
— VisionaryVoid (@VisionaryVoid) March 11, 2024
Paul yang berasal dari Amerika Syarikat (AS) itu lumpuh seluruh badan dan tidak dapat bernafas secara normal akibat penyakit itu yang dihidapinya sejak 1952.
Rentetan itu, dia terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dengan tinggal di dalam mesin paru-paru besi atau lebih dikenali sebagai iron lung.
Paul menghabiskan sisa hayatnya di dalam besi seberat 272 kilogram selama lebih tujuh dekad iaitu selama lebih 70 tahun semenjak diserang pada usia enam tahun.
Berdasarkan laporan New York Post, Paul telah menolak untuk menggunakan mesin lebih moden.
Pada Mac 2023, Guinness World Records (GWR) mengisytiharkan lelaki berusia 77 tahun itu sebagai pesakit paru-paru besi paling lama.
Menurut laporan itu, penyakit tersebut memberi kesan teruk kepada Paul sehingga memerlukannya menggunakan mesin untuk bernafas.
Paul yang terpaksa menjalani kehidupan seharian di dalam mesin tersebut.
Virus polio dikatakan dapat merebak dan boleh menjangkiti saraf tunjang seseorang dan menyebabkan lumpuh.
Vaksin polio juga telah diluluskan dan diberikan secara meluas kepada kanak-kanak di seluruh AS pada tahun 1955.
Paul pernah berkata, dia tidak boleh berkawan kerana setiap kali berkawan, mereka akan meninggal dunia.
"Saya teringat doktor pernah cakap bahawa 'saya akan mati' dan 'saya tidak sepatutnya hidup'. Hal itu membuatkan saya marah. Ia membuatkan saya mahu hidup," katanya yang berjaya membuka mata masyarakat apabila tetap mendapat pendidikan dalam serba kekurangan serta kepayahan hingga berjaya bergelar peguam.
Mesin tersebut membantunya bernafas menggunakan otot tekak dengan memaksa udara melepasi pita suara, membolehkan pesakit 'menelan' oksigen pada satu masa, menolaknya ke dalam kerongkong dan masuk ke dalam paru-paru.
Paul juga bergantung sepenuhnya kepada mesin tersebut untuk meneruskan kehidupan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada Isnin.
Dia juga dikatakan baru menyambut hari lahirnya yang ke-78 pada hari yang sama. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram