[VIDEO] Kren rempuh tiang sampai jatuh halang laluan punca jalan sesak di Lebuhraya PLUS dari Simpang Renggam ke Sedenak


  • 112
  • Selasa, 12 Mac 2024

Keadaan tiang yang jatuh secara melintang di lorong bertentangan di Lebuhraya PLUS arah Simpang Renggam ke Sedenak, Johor pada Selasa. — Facebook

SATU kemalangan berlaku melibatkan sebuah kren di Lebuhraya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) arah selatan dari Simpang Renggam ke Sedenak, Johor pada Selasa.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), lorong kiri dan kanan arah selatan dan semua lorong arah utara terhalang sehingga menyebabkan kesesakan trafik.

Menerusi video dikongsikan di media sosial, sebuah tiang dipercayai tiang papan tanda jalan dilihat jatuh secara melintang di lorong bertentangan dipercayai akibat dirempuh kren terbabit.

BACA LAGI : 'Sayang akan tunggu', isteri mangsa bot karam di Kapit luah sedih suami belum dijumpai

BACA LAGI : Ramai akui ketagih manis, Kempen Tolak Gula PERKESO 'jentik' hati golongan muda

Kejadian sekali gus menyebabkan pengguna jalan raya lain terpaksa memberhentikan perjalanan dan menunggu pihak berkuasa membersihkan kawasan berkenaan.

Turut kelihatan beberapa penunggang mengusung motosikal mereka ke tepi jalan untuk melintasi jalan terhalang itu.

Namun, tiada lagi kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa jika terdapat sebarang kemalangan jiwa ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram