[VIDEO] Tragedi kereta kabel Mottarone, budak yatim piatu usia 9 tahun bakal dapat pampasan lebih RM15 juta


  • Benua
  • Rabu, 06 Mac 2024

Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden berkenaan ialah seorang kanak-kanak lelaki yang ketika berusia lima tahun iaitu Eitan Biran. — Agensi

TANGGAL 24 Mei 2021 menjadi satu detik hitam buat industri pelancongan di Itali yang menyaksikan kemalangan kereta kabel meragut 14 individu di sebuah pusat peranginan utara negara tersebut.

Dalam tragedi tersebut, kereta kabel terbabit yang sedang dalam perjalanan menaiki Gunung Mottarone dari bandar Tasik Maggiore jatuh terjunam kira-kira 20 meter ke bawah di lereng pergunungan berkenaan.

Satu-satunya mangsa yang terselamat dalam insiden berkenaan ialah seorang kanak-kanak lelaki yang ketika itu berusia lima tahun, Eitan Biran.

Ahli keluarganya yang lain terdiri daripada ibu bapa, adik lelaki, datuk dan neneknya yang berada di dalam kenderaan tersebut semuanya terbunuh dalam nahas itu.

Pihak berkuasa kemudiannya turut mengeluarkan video detik tragedi kejadian berkenaan yang memaparkan kabel pada kereta terbabit tiba-tiba terputus sebelum ia hilang kawasan dan menjunam kembali ke bawah pada kelajuan sangat tinggi.

BACA LAGI : Padah cabul kehormatan wanita di pasar raya, pekerja warga asing menggigil minta maaf

WhatsApp Image 2024-03-06 at 10.15.05 PM

Tangkap layar memaparkan detik-detik kabel pada kereta tersebut terputus tiba-tiba sebelum ia menjunam di lereng gunung Mottarone.

Susulan daripada insiden tersebut, pemilik kepada syarikat kereta kabel Mottarone, Luigi Nerini; ketua penyelenggara, Enrico Perocchio ditahan bersama seorang juruteknik, Gabriele Tadini.

Proses perbicaraan yang berlangsung pada tahun sama kemudiannya turut mendapati bahawa kejadian berkenaan berpunca daripada kegagalan juruteknik terbabit untuk memastikan brek kecemasan berfungsi.

Juri dalam kes tersebut berkata, sebahagian besar kesalahan dalam kemalangan itu terletak pada Gabriele yang sengaja menyahaktifkan brek kecemasan kereta kabel berkenaan yang dibiarkan terkunci secara spontan.

Ujarnya, sekiranya brek berkenaan berfungsi mengikut prosedur, ia boleh menghentikan kereta tersebut daripada terjunam jatuh selepas kabelnya terputus.

BACA LAGI : Remaja hilang 8 hari lepas ambil gaji ditemukan mati dalam semak di Sabak Bernam

WhatsApp Image 2024-03-06 at 10.14.20 PM

Keadaan kereta kabel berkenaan yang terjunam jatuh di lereng gunung Mottarone. — Agensi

Dalam pada itu, perkembangan baharu menyaksikan satu-satunya mangsa terselamat dalam kejadian berkenaan, Eitan yang kini berusia sembilan tahun bakal menerima pampasan sebanyak 3 juta Euro atau RM15.5 juta.

Perkara berkenaan diputuskan semasa perbicaraan pada penghujung Februari lalu yang diadakan di Verbania, Itali.

Dalam pada itu, peguam kepada kanak-kanak itu juga dilaporkan bakal menarik balik permohonan untuk tindakan sivil yang dibuat pada 17 Januari lalu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram