[VIDEO] Padah cabul kehormatan wanita di pasar raya, pekerja warga asing menggigil minta maaf


  • Tular
  • Selasa, 05 Mac 2024

Seorang lelaki warga asing hampir dibelasah sekumpulan individu apabila dia didakwa telah mencabul kehormatan seorang wanita dalam sebuah pasar raya di Gua Musang, Kelantan pada Isnin.

SEORANG lelaki warga asing hampir dibelasah sekumpulan individu apabila dia didakwa telah mencabul kehormatan seorang wanita dalam sebuah pasar raya di Gua Musang, Kelantan pada Isnin.

Video tersebut turut tular di aplikasi WhatsApp pada Selasa.

Menurut individu yang berkongsikan video tersebut, warga asing berkenaan dipercayai berasal dari Bangladesh berjaya ditangkap oleh orang awam selepas menerima aduan daripada mangsa.

"Seorang lelaki warga asing yang juga pekerja di pasar raya dipercayai mencabul kehormatan wanita di pasar raya A**F M*** C*** 3, ditangkap orang awam," tulisnya.

BACA LAGI: Remaja hilang 8 hari lepas ambil gaji ditemukan mati dalam semak di Sabak Bernam

BACA LAGI: Terigau-igau urus jenazah bayi tanpa kepala, dibuang dalam tangki kumbahan

Melalui video kurang seminit yang dikongsikan itu memaparkan suspek sedang duduk di sebuah kerusi yang dikerumuni beberapa orang lelaki.

Turut kedengaran suara warga asing itu meminta maaf dan merayu agar mukanya tidak dirakam.

"Tolong bos, minta maaf bos. Saya meminta maaf," katanya sambil menutup muka.

Namun, rayuannya itu tidak diendahkan dan perakam video berkenaan turut kedengaran memarahi suspek.

"Awak buat awak tak fikir, ini Malaysia. Tolong apa tolong," katanya.

Sementara itu, Majoriti sudah menghubungi pihak berkuasa tempatan dan masih belum ada sebarang laporan yang dibuat berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram