[VIDEO] Pemandu kereta buat pusingan U mengejut, penunggang motosikal 'bersepai' di Melaka


  • Tular
  • Isnin, 15 Jan 2024

Tangkap layar kejadian pemandu sebuah kenderaan bertindak melulu sehingga mengakibatkan seorang penunggang mengalami kecederaan.

SEORANG lelaki cedera parah selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U secara mengejut dalam kejadian di Merlimau, Melaka pada Ahad.

Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan kereta itu secara tiba-tiba membuat pusingan U tanpa memberi signal (isyarat) sehingga mengakibatkan penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaannya.

Turut dilihat, pemandu kereta terbabit tidak mengendahkan mangsa yang dilanggar dan terus bertindak meninggalkan tempat kejadian.

BACA LAGI:[VIDEO] Pemandu lori dikecam buat bodoh lepas langgar kabel tiang elektrik di Kuang

Dalam pada itu, mangsa yang mengerang kesakitan dilihat mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian muka.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geram dengan sikap pemandu kenderaan yang bertindak membuat pusingan U secara tiba-tiba sehingga membahayakan nyawa orang lain.

"Harap mangsa okay. Memang pemandu U-turn khususnya di simpang atau jalan yang tiada traffic light kerap membahayakan pemandu lain. Diri sendiri kerap tengok detik-detik membahayakan," tulis Felicia Cheong.

"Bila nampak benda depan mata macam ini. Pegi kejar dulu kereta itu. Jangan bagi lepas. Itu paling penting. Kalau dia terlepas memang tak dapat lagi nak cari. Yang sakit tu memang dah sakitlah, kita nak angkat pun takboleh. Takut lain jadi nanti," tulis Bentayan Hulu.

"Allahu dahlah tak bagi signal, langgar lepastu lari," tulis Leeya Rasyid.

Namun, setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian itu dan nasib mangsa juga tidak dapat dipastikan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram