[VIDEO] 'Pastikan warga emas dan OKU sahaja guna', ada yang cadang tukar eskalator kepada cable car di Batu Caves


  • Massa
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Kemudahan eskalator dikatakan akan dibina di Batu Caves pada 2024.

BERITA baik buat seluruh pengunjung dalam dan luar negara apabila pihak pengurusan Kuil Hindu Batu Caves mengumumkan akan membina eskalator di kawasan tersebut pada 2024.

Ia termasuk dalam salah satu alternatif bagi memudahkan orang ramai yang mengunjungi Batu Caves, Gombak, Selangor yang perlu menaiki 272 anak tangga ke kuil gua Sri Subramaniar.

Pada Jumaat, Pengerusi Jawatankuasa Kuil, Tan Sri R. Nadarajah dilapor berkata, eskalator itu juga antara projek yang akan dimulakan pada 2024 selepas perayaan Thaipusam dengan satu lagi projek pembinaan dewan serbaguna sekali gus menelan perbelanjaan sebanyak RM35 juta.

BACA LAGI : 'Tolong jangan jadikan Batu Caves tempat joging, hiking'

Pada masa sama, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dilaporkan berkata, pihaknya akan mengadakan Program Kesuma Madani di lokasi itu bersempena Thaipusam nanti.

Namun, perkhabaran itu nampaknya menerima pelbagai reaksi dan maklum balas daripada orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan rancangan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, seorang pengguna akaun Facebook Richard Foo menyatakan bahawa pembaharuan tersebut perlu digunakan oleh individu yang layak sahaja.

"Pastikan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) sahaja boleh menggunakannya," luahnya.

Ia turut disokong oleh warga maya lain serta menganggap perkara itu akan memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan.

"Tenanglah. Eskalator itu untuk warga emas dan OKU. Bukan untuk orang yang terlebih kurang keupayaan seperti kita ni," komen Bavindh PV.

msg1050426791-22558

Gambar kereta kabel yang dikongsikan salah seorang warga Facebook. — Facebook

Bukan itu sahaja, tidak kurang juga ada yang tidak melepaskan peluang memberi cadangan supaya menukarkan cadangan asal kepada kereta kabel.

"Boleh pertimbangkan untuk membuat cable car (kereta kabel). Ia lebih mesra OKU dan boleh menarik ramai pelancong untuk menaikinya.

"Kereta kabel jenis ini lebih sesuai," komen Muhammad Faris Abdullah bersertakan gambar kereta kabel yang dicadangkannya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram