[VIDEO] Sentiasa pakai baju tak tayang badan masa buat konten, Bill Gates pun 'chai' teh buatan Dolly Chaiwala


  • Benua
  • Rabu, 06 Mac 2024

Bill Gates (kanan) dengan secawan teh buatan Dolly Chaiwala (kiri) ketika lawatan ke India baru-baru ini.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Seorang pencipta kandungan (content creator) yang juga peniaga teh tepi jalan di Nagpur, India kembali mencipta sensasi di internet apabila dilawat Pengasas Bersama Microsoft Corporation, Bill Gates.

Dalam video tersebut, Bill Gates yang juga ahli perniagaan terkenal Amerika Syarikat dilihat sedang menyaksikan aksi pembancuh teh, Dolly Chaiwala di gerai kecil miliknya.

Bukan itu sahaja, video itu juga meraih perhatian ramai apabila Bill menikmati secawan teh buatan Dolly secara santai di tepi gerai.

BACA LAGI : Mat Pakistan tunggang motor tanpa lesen, cari gaduh lepas langgar perempuan di Bangi

BACA LAGI : Sisi gelap remaja, tamatkan riwayat ibu guna tukul lepas gagal guna wayar 'controller' permainan video lebih sedekad lampau

Momen itu dikatakan dirakam ketika Bill sedang dalam lawatannya ke India dan berhenti di gerai Dolly yang terkenal dengan gaya dan teknik uniknya ketika membancuh teh.

Video tersebut sekali gus meraih perhatian ramai kerana gembira melihat Bill menggunakan budaya tempatan India.

Ada juga yang menyifatkan video itu sekadar edit namun dinafikan oleh Bill ketika ditemu bual media antarabangsa, NDTV.

"Ya, saya ada menikmati secawan teh dengan Dolly," jelasnya.

Lebih melucukan, Dolly sebenarnya tidak mengenali langsung Bill ketika dikunjungi figura berkenaan sambil menyatakan bahawa ia baru disedarinya selepas video itu tular.

"Saya tidak sedar langsung saya menyangka bahawa dia seorang lelaki dari negara asing jadi saya harus menghidangkan teh kepadanya," katanya ketika ditemu bual NDTV.

Sementara itu, rata-rata warganet Malaysia yang menonton video berkenaan mengaitkannya dengan isu melibatkan seorang pempengaruh media sosial tempatan, Hafiz Mahamad yang memuat naik video kontroversi ketika mencium Hajar Aswad ketika menunaikan ibadah di Makkah, Arab Saudi baru-baru ini.

"Nak jadi content creator yang berjaya, contohilah Dolly Chaiwala. Tak buat konten di rumah ibadat, tak jadikan jenazah kawan baik sebagai konten, sentiasa pakai baju, tak pernah tayang badan untuk konten," tulis @SyedAkramin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram