[VIDEO] Sisi gelap remaja, tamatkan riwayat ibu guna tukul lepas gagal guna wayar 'controller' permainan video lebih sedekad lampau


  • Benua
  • Isnin, 04 Mac 2024

Tangkap layar CCTV memaparkan sesi soal siasat Kevin bersama pihak polis yang seakan-akan tidak menyesali perbuatan jenayahnya.

MEMPUNYAI pertalian darah tidak menjamin seseorang daripada melakukan perbuatan jenayah terhadap keluarganya sendiri.

Begitu juga dengan nasib seorang wanita bernama Kimberly Hil, 50, yang dibunuh dengan kejam oleh anaknya sendiri di Corpus Christi, Texas, Amerika Syarikat pada 26 Mac 2014.

Lebih mengejutkan, suspek, Kevin Davis, 18, ketika kejadian mengaku seolah-olah tidak menyesali perbuatannya.

BACA LAGI : Instafamous trauma, diperkosa bergilir-gilir 7 lelaki durjana depan mata suami di India

1412831036374_wps_2_image001_png

Kevin yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh ibunya sendiri. — Agensi

Ketika sesi soal jawab bersama pihak polis, Kevin mengaku telah memukul ibunya sehingga maut menggunakan sebuah tukul sebelum menyeksa secara seksual mayat ibunya.

Pada masa sama, Kevin turut mendedahkan bahawa tindakannya memukul menggunakan alat tersebut selepas gagal menjerut leher ibunya dengan wayar controller permainan video.

Berdasarkan laporan media antarabangsa ketika itu, punca kejadian adalah disebabkan rasa tidak puas hati Kevin kerana dihalang untuk membuat keputusannya.

BACA LAGI : Rumah animasi filem 'UP' rupanya nyata, pemilik sanggup tolak tawaran RM4 juta

1412832220780_Image_galleryImage_An_18_year_old_who_beat_h

Kimberly yang dibunuh dengan kejam oleh anaknya. — Agensi

Ketika kejadian, polis menemui mayat Kimberly tanpa sebarang pakaian.

Bukan itu sahaja, Kevin berkata, pada awalnya dia hampir membunuh kakaknya tetapi akhirnya memutuskan untuk tidak melakukannya.

Malah, dia meninggalkan kesan darah di beberapa kawasan rumah dari ruang tamu ke bilik tidur utama dengan mesej yang tertulis 'kejar saya. Maaf kerana berselerak'.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bilik siasatan itu, Kevin memberitahu, dia cuba meninggalkan rumahnya dengan menaiki basikal dan membawa beg galasnya.

"Saya tidak akan menarik balik apa yang saya lakukan. Saya memang menyayangi ibu seadanya.

"Saya seorang yang dahsyat, menjijikkan," katanya.

Pada Oktober 2014, Kevin akhirnya dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram