[VIDEO] Instafamous trauma, diperkosa bergilir-gilir 7 lelaki durjana depan mata suami di India


  • Benua
  • Ahad, 03 Mac 2024

Tangkap layar video memaparkan wajah pasangan terbabit yang penuh dengan kesan luka dan lebam akibat kejadian.

PASANGAN suami isteri yang juga instafamous warga Sepanyol didakwa diserang dan dirompak ketika bercuti di Dumka Jharkhand, India pada Jumaat lalu.

Kejadian berlaku ketika pasangan pengembara, Vincente dan Fernanda sedang berkhemah untuk berehat di wilayah Jharkhand sebelum meneruskan perjalanan ke Nepal.

Lebih mengejutkan apabila Fernanda juga telah diperkosa secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki pada masa kejadian.

Fernanda kemudiannya bertindak memuat naik video di media sosial memaparkan kesan-kesan luka dan lebam di mukanya pada Ahad.

BACA LAGI : Rumah animasi filem 'UP' rupanya nyata, pemilik sanggup tolak tawaran RM4 juta

Menurutnya, dia diperkosa oleh kesemua suspek pada Jumaat malam selepas dia dan pasangannya berhenti rehat di Dumka.

"Muka saya kelihatan seperti ini, tetapi ia bukan perkara yang paling menyakitkan saya. Saya fikir kita akan mati. Mujur kami masih hidup,” katanya.

Bertindak kepada kejadian itu, Polis Jharkand berkata, empat orang suspek sudah ditahan setakat ini.

BACA LAGI : Animasi 1990-an popular yang masih tidak dapat dilupakan hingga sekarang

Screenshot (410)

Pasangan tersebut yang mengembara menaiki motosikal berkuasa tinggi sebelum kejadian.

Ketua Pengarah Polis Jharkhand, Ajay Kumar Singh berkata, kesemua suspek juga telah dikenal pasti.

"Kenyataan semua suspek yang ditangkap sedang direkodkan," katanya.

Manakala, menurut sumber polis, kira-kira pukul 11 malam kejadian, sepasukan peronda terserempak dengan pasangan yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Hindi atau Inggeris.

“Melihat mereka, nampaknya sesuatu yang tidak menyenangkan telah berlaku kepada mereka. Semasa membawanya ke hospital, mereka mendedahkan bahawa sedang dalam perjalanan ke Nepal dari Bengal Barat.

"Suspek akan ditahan tidak lama lagi. Bukti sedang dikumpul secara saintifik oleh pihak berkuasa,” katanya.

Untuk rekod, pasangan dikenali sebagai Vueltaalmundoenmoto dan memiliki hampir 175,000 pengikut di Instagram itu dilaporkan sudah mengembara ke lebih daripada 66 buah negara sejak memulakan perjalanan mereka dari Barcelona, Sepanyol pada lima tahun yang lalu.

Mereka sudah menempuh lebih daripada 170,000 kilometer jarak perjalanan dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis touring bike. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram