SATU pertengkaran kecil berlaku selepas seorang lelaki warga Pakistan dipercayai menunggang motosikal tanpa lesen terlibat dalam kemalangan di Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.
Kejadian dikatakan berlaku apabila individu tersebut telah melanggar seorang perempuan dan seolah-olah tidak mahu mengaku kesalahannya.
Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @MALAYSIAVIRALLL pada Selasa, perkara itu sekali gus mengundang berang terhadap seorang warga lelaki tempatan ketika itu.
"Bawa motosikal tiada lesen, dah tu langgar orang. Keras hati cari gaduh. Dengan perempuan kau boleh lawan, nasib baik ada abang datang tolong," tulisnya.
BACA LAGI : Padah cabul kehormatan wanita di pasar raya, pekerja warga asing menggigil minta maaf
Sial punya pakistan, bawak moto xde lesen dah tu langgar orang. Keras hati cari gaduh. Ngan perempuan ko boleh la lawan, nasib baik ada brader datang tolong. Pakistan ni mmg perangai macam gampang, negara miskin pastu berlagak. Ni gerenti overstayed duduk kat Malaysia. pic.twitter.com/9YWG1XsPxh
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 5, 2024
BACA LAGI : Remaja hilang 8 hari lepas ambil gaji ditemukan mati dalam semak di Sabak Bernam
Dalam video sama, kelihatan lelaki Pakistan berkenaan cuba mempertahankan dirinya namun tidak dihiraukan malah dimarahi oleh warga tempatan terbabit.
Bagaimanapun, punca serta identiti sebenar mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu belum dapat dipastikan lagi.
Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
Sementara itu, rata-rata warganet turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan warga asing tersebut kerana dilihat sudah melanggar peraturan negara.
"Culturally, Pakistan memang jenis tak akan hormat perempuan," komen @lucifermopheus.
"Semoga dijauhkan aku yang hot tempered dengan warga asing yang besar kepala macam ni," tulis @DonutPastri.
Malah, ada juga yang menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan segera dan sewajarnya terhadap warga asing yang memiliki kenderaan tanpa kebenaran.
"Jangan bagi muka dengan puak-puak ni, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tolong ambil tindakan," tulis @HafizFazrinnn. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram