[VIDEO] Hanya minta maaf, pengantin lelaki hempuk kepala isteri ketika majlis kahwin terlepas tindakan undang-undang


  • Benua
  • Isnin, 04 Mac 2024

Tangkap layar video tular kejadian berkenaan yang menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat di Uzbekistan kerana kekerasan yang dilakukan pengantin lelaki berkenaan terhadap pasangan hidupnya ketika bersanding pada Jun 2022.

BAGI setiap pasangan yang bercinta, majlis perkahwinan sememangnya merupakan suatu detik yang sangat dinanti-nantikan.

Malah, boleh juga dikatakan bahawa ia adalah antara satu peristiwa yang hanya akan dilalui sekali seumur hidup bersama pasangan masing-masing.

Namun, cuba bayangkan jika majlis perkahwinan yang sepatutnya menggembirakan kedua-dua pihak pasangan mempelai dicemari dengan insiden tidak diingini, apatah lagi jika pasangan pengantin dilihat bergaduh depan orang ramai di atas pelamin.

Kisah yang berlaku di sebuah majlis perkahwinan di Uzun, Uzbekistan merupakan contoh terbaik apabila pengantin lelaki dilihat menghempuk kepala pasangannya di depan orang ramai.

Meskipun sudah dua tahun berlalu, video itu masih tular sehingga sekarang sekali gus mengundang polemik dalam kalangan warganet.

Malah, ramai juga yang tertanya-tanya apa kesudahan yang berlaku terhadap pengantin lelaki tersebut sama ada dikenakan tindakan undang-undang selepas mengasari pengantin wanita.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada 6 Jun 2022 dan tular di sosial media itu berlaku ketika kedua-dua pasangan itu sedang bermain satu permainan yang memerlukan mereka membuka bungkusan kuih dengan pantas.

Ketika insiden, pengantin perempuan difahamkan berjaya memenangi permainan tersebut apabila terlebih dahulu menyelesaikan cabaran yang diberikan.

Situasi berkenaan bagaimanapun menimbulkan kemarahan terhadap pengantin lelaki terbabit yang kemudiannya bertindak agresif dengan menghempuk kepala pasangannya.

BACA LAGI : Rumah animasi filem 'UP' rupanya nyata, pemilik sanggup tolak tawaran RM4 juta

GHp0GClWwAAbX9K

Penyebaran video tersebut yang tular di media sosial dan mendapat perhatian meluas membawa kepada penyiasatan oleh Jabatan Polis Daerah Uzun. — Twitter

BACA LAGI : Animasi 1990-an popular yang masih tidak dapat dilupakan hingga sekarang

Di sebalik ketegangan yang berlaku, majlis berkenaan diteruskan tanpa sebarang masalah dengan pihak berkuasa tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara tersebut.

Namun, penyebaran video terbabit yang tular di media sosial ketika itu akhirnya mendapat perhatian meluas membawa kepada penyiasatan oleh Jabatan Polis Daerah Uzun.

Susulan daripada itu, ia menyebabkan lelaki terbabit yang hanya dikenali sebagai dibicarakan di bawah Perkara 183 Kod Tanggungjawab Pentadbiran kerana kesalahan melakukan keganasan kecil.

Pada masa sama, ibu bapa kepada pengantin perempuan dan lelaki juga dipanggil bagi memastikan langkah pencegahan dapat dilakukan daripada berulangnya insiden sedemikian.

Cuma yang peliknya, pengantin lelaki terbabit terlepas daripada hukuman selepas dia tampil meminta maaf.

Hukuman juga tidak dikenakan kerana tiada aduan diterima daripada pengantin perempuan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram