[VIDEO] Ejen hartanah tanpa sengaja rakam 2 kereta bertembung, 3 parah termasuk penunggang motosikal di Johor


  • Tular
  • Selasa, 05 Mac 2024

Tiga lelaki dipercayai parah selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 16 Jalan Sungai Tiram, Johor pada Isnin. — Orang Awam

TIGA lelaki dipercayai parah selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Batu 16 Jalan Sungai Tiram, Johor pada Isnin.

Kemalangan itu turut dirakam oleh orang awam yang secara kebetulan berada di tempat kejadian dan dimuat naik di aplikasi Telegram pada Selasa.

"Kejadian berlaku depan mata, kereta hitam macam masuk laluan teksi. Rakam secara kebetulan ketika tengah buat rakaman untuk rekod menjual tanah di kawasan tersebut," tulisnya.

Individu berkenaan juga turut berkongsi gambar memaparkan keadaan kedua-dua kereta tersebut yang remuk teruk di bahagian depan.

Melalui video yang dikongsikan, keadaan jalan itu agak lengang sebelum sebuah kenderaan jenis Proton Wira hitam dipandu laju masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah teksi.

BACA LAGI : Terigau-igau urus jenazah bayi tanpa kepala, dibuang dalam tangki kumbahan

BACA LAGI : Remaja hilang 8 hari lepas ambil gaji ditemukan mati dalam semak di Sabak Bernam

Penunggang motosikal yang berada di belakang teksi itu tidak sempat mengelak dan terus melanggar salah sebuah kereta tersebut.

Melalui maklumat yang dikongsikan, penunggang motosikal berkenaan cedera parah di beberapa bahagian badan.

Melalui video lain yang dikongsikan memaparkan orang awam cuba mengeluarkan pemandu dan penumpang Proton Wira yang tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke hospital terdekat menggunakan ambulans.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung insiden tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram