SEBUT sahaja mengenai Mexico, rata-rata daripada kita pastinya cukup sedar mengenai keganasan sindiket kartel dadah yang cukup sinonim dengan negara tersebut.
Malah, boleh dikatakan bahawa bayangan jenayah dadah di negara tersebut menghantui bukan sahaja ahli kumpulan penjenayah yang terlibat, tetapi hampir segenap lapisan masyarakatnya.
Kegiatan kartel tersebut memberikan kesan hampir termasuk kepada rakyat biasa, ahli politik, tentera dan artis.
Pada 16 Mei 1992, Mexico dikejutkan dengan berita mengenai misteri kematian penyanyi terkenal, Chalino Sanchez yang menamatkan usia di umur cukup muda, 32 tahun.
Pada malam sebelum pemergiannya, Chalino dilaporkan persembahan di Salon Bugambilias di Culiacán, Sinaloa, Mexico sebelum dia menerima satu nota ancaman bunuh daripada salah seorang penonton.
Detik-detik tersebut turut dirakam oleh kamera yang ketika itu merekodkan nyanyian yang kemudiannya menjadi persembahan terakhirnya.
Berdasarkan klip tersebut, penyanyi yang memakai topi putih besar dengan berpakaian sut itu dilihat membukanya kertas nota tersebut di tengah-tengah pertunjukan.
BACA LAGI: Ramai lagi seperti gigolo Janda Baik, pelajar wanita IPTA turut didakwa cari makan di platform X
Chalino tetap meneruskan persembahan selepas membaca nota dipercayai berisi ugutan bunuh yang diterima daripada penonton.
Menerusi video tersebut, Chalino dilihat dengan jelas membaca nota sebelum mendongak ke atas dan mengesat peluh di dahinya.
Selepas daripada itu, dia mengambil sedikit masa untuk mengumpulkan fikirannya sebelum kemudian mengangguk kepada salah seorang pemuzik di tepi pentas untuk meneruskan persembahan.
Ramai daripada peminatnya percaya bahawa Chalino mengesat peluh selepas menyedari bahawa itu mungkin merupakan persembahan terakhirnya.
Selepas tamat persembahan, penyanyi berkenaan difahamkan pulang menaiki kereta bersama keluarganya sebelum ditahan oleh sekumpulan lelaki bersenjata di tengah perjalanan.
Kumpulan berkenaan mendakwa sebagai polis di negeri itu mendakwa bahawa ketua pasukan keselamatan mereka mahu bertemu dengan Chalino.
Penyanyi berkenaan seterusnya mengikuti arahan berkenaan dan pergi bersama kumpulan terbabit.
Mayat Chalino kemudiannya ditemui tidak bernyawa keesokan paginya di sebuah lebuh raya berdekatan Los Laureles di Culiacán.
BACA LAGI: [VIDEO] Padah tunjuk aurat ketika 'live', remaja pengsan dikerjakan bapa
Karya muzik Chalino mengandungi lirik berkisarkan kepada kisah benar kehidupan pengedar dan kartel dadah di Mexico. — Agensi
Dia dijumpai dalam keadaan kedua-dua matanya ditutup dengan pergelangan tangannya didapati mempunyai kesan diikat.
Bedah siasat mendedahkan Chalino mati akibat ditembak sebanyak dua kali di belakang kepala dengan identiti sebenar pembunuhnya masih terus menjadi tanda tanya.
Sehingga hari ini, punca sebenar kepada pembunuhan penyanyi berkenaan terus menjadi tanda tanya.
Antara teori yang timbul berkaitan perkara tersebut adalah dakwaan mengatakan ketua kartel dadah mahu Chalino mati kerana lirik lagunya yang mendedahkan mengenai gaya hidup kumpulan berkenaan.
Ini kerana dia sememangnya dikenali sebagai penyanyi yang mengangkat tema "narcocorridos" atau terjemahan bahasa Inggerisnya iaitu "balada dadah".
Liriknya berkisarkan kepada kisah benar pengedar dan kartel dadah di Mexico.
Dia juga sering menyanyi tentang dunia gelap dan aktiviti jenayah yang berlaku di Mexico.
Oleh itu, muzik Chalino dianggap kontroversi oleh ramai pihak terutamanya kumpulan kartel.
Dalam pada itu, teori liar lain yang turut tersebar mengatakan dia berkemungkinan dibunuh kerana terlibat dalam hubungan cinta tiga segi dengan ketua kumpulan dadah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram