MASYARAKAT dunia pernah digemparkan dengan kisah pembunuhan kejam oleh pembunuh kanibal, Luka Magnotta.
Jika ada yang masih ingat, kira-kira 12 tahun lalu, Magnotta pernah melarikan diri dari Kanada ke Paris, Perancis selepas membunuh dengan mencincang seorang kenalannya, Jun Lin, seorang pelajar universiti yang berasal dari Wuhan, China.
Lebih seram, dia yang berumur 32 tahun pada ketika itu bertindak menghantar potongan anggota badan seperti tangan dan kaki milik Lin ke sebuah sekolah dan dua pejabat dua parti politik melalui kiriman pos.
Mengimbau semula detik pembunuhan ngeri itu, pada 25 Mei 2012, dunia siber dikejutkan dengan sebuah video yang dimuat naik ke laman web Bestgore.
Menerusi video berjudul 1 Lunatic 1 Ice Pick dengan latar belakang lagu daripada kumpulan New Order tersebut memaparkan seorang lelaki yang sedang baring di atas katil dalam keadaan berbogel sambil dirinya diikat telah ditikam berulang kali oleh seorang individu dengan pisau.
Selepas ditikam, kepala lelaki yang terbaring itu dipenggal dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya juga dipotong.
Pihak polis yang menerima laporan tentang video ngeri itu pada mulanya beranggapan video berkenaan hanyalah sekadar kandungan palsu.
BACA LAGI: [VIDEO] Selepas 19 jam operasi, mayat anggota bomba lemas di Butterworth ditemui
BACA LAGI: Selain parkir bertingkat, KKM boleh buat 2 lagi cara atasi isu letak kenderaan terhad
Namun setelah diteliti semula dengan lebih terperinci, pihak polis mula mencurigai perlakuan pelaku dalam video itu sebelum memulakan pemburuan terhadap suspek iaitu Magnotta.
Untuk rekod, laporan kehilangan Lin dibuat oleh rakan-rakannya pada 29 Mei selepas dia gagal untuk dihubungi.
Insiden itu juga berjaya dirakam menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dikongsikan di media sosial.
Rakaman yang diambil daripada empat sudut kamera itu menunjukkan Magnotta dan Lin memasuki pangsapuri yang terletak di Montreal, Kanada.
Keesokan harinya, Magnotta dilihat berulang kali keluar dan masuk dari bangunan tersebut sambil membawa beg plastik dan beg pakaian berwarna kelabu.
Laporan kehilangan Lin dibuat oleh rakan-rakannya pada 29 Mei selepas dia gagal untuk dihubungi. — Agensi
Pendakwa raya dalam kes itu berkata, suspek merancang pembunuhan itu sekurang-kurangnya enam bulan sebelum jenayah itu dilakukan.
Dia malah menghantar e-mel kepada seorang wartawan British pada 2011 mengatakan bahawa dia sedang merancang untuk membunuh seorang manusia dan mahu merakamkan kejadian itu.
Pembunuhan Lin mengejutkan rakyat Kanada dan menjadi topik utama di seluruh dunia, manakala Magnotta menjadi subjek pemburuan antarabangsa.
Dia ditahan di sebuah kafe siber di Berlin, sewaktu sedang membaca laporan berita mengenai dirinya di internet.
Magnotta menghadapi lima pertuduhan termasuk membunuh dan melakukan penghinaan terhadap mayat kenalannya itu.
Semasa perbicaraannya, Magnotta mengaku melakukan jenayah itu, bagaimanapun katanya, tindakan itu dibuat dalam keadaan tidak waras disebabkan dirinya mempunyai penyakit mental.
Dalam masa sama, dua tahun sebelum pembunuhan Lin, Magnotta diburu pihak berkuasa dan komuniti pencinta haiwan di Facebook gara-gara memuat naik video aksinya melakukan pembunuhan terhadap beberapa ekor haiwan.
Video paling popular bertajuk 1 Boy 2 Kitten menunjukkan suspek melemaskan dua ekor anak kucing menggunakan alat pembersih vakum. Bangkai anak kucing tersebut kemudian disimpan di dalam peti sejuk.— Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram