Pelancong perlu ada minimum RM1,992 sebelum masuk Thailand


  • Massa
  • Jumaat, 23 Feb 2024

Pelancong dinasihatkan untuk membawa sekurang-kurangnya wang tunai berjumlah RM1,992 sebagai syarat baharu untuk berkunjung ke Thailand.

PELANCONG dinasihatkan untuk membawa sekurang-kurangnya wang tunai berjumlah RM1,992 sebagai syarat baharu untuk berkunjung ke Thailand.

Menerusi satu temu bual rangkaian Radio Republik Indonesia (RRI), Menteri Kaunselor Kedutaan Indonesia di Bangkok, Dewi Lestari menjelaskan, peraturan itu terpakai kepada semua pelancong asing yang datang ke Thailand.

Beliau turut mendedahkan, kebanyakan rakyat Indonesia mengadu bahawa mereka dilarang memasuki negara Gajah Putih itu.

Menurut pihak kedutaan, pelawat mesti menunjukkan pasport mereka dengan tempoh sah minimum enam bulan, bukti tiket pergi dan balik serta bukti penginapan.

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat lepaskan burung peliharaan dan minta maaf dengan ibu, lelaki OKU mental ditemukan lemas bawah jambatan Tumpat

Pelawat juga dikehendaki memaparkan bukti kewangan semasa berada di Thailand dengan membawa masuk wang tunai yang mencukupi ke dalam negara.

BACA LAGI: [VIDEO] Selepas 19 jam operasi, mayat anggota bomba lemas di Butterworth ditemui

Pelawat juga dikehendaki memaparkan bukti keupayaan kewangan mereka semasa berada di Thailand dengan membawa masuk wang tunai yang mencukupi ke dalam negara berkenaan.

“Imigresen Thailand tidak menyebut secara khusus jumlah wang yang perlu dibawa oleh pengunjung, tetapi berdasarkan sumber terbuka, (perlu bawa) sekurang-kurangnya 15,000 hingga 20,000 Baht seorang,” katanya.

Kegagalan mematuhi arahan berkenaan bermakna seseorang itu telah melanggar Akta Imigresen B.E. 2522 (1979) dan pegawai imigresen diberi kuasa untuk menghalang pelancong berkenaan daripada memasuki Thailand.

Peraturan tersebut terpakai kepada semua pelancong di seluruh dunia tetapi tidak akan dilaksanakan untuk semua orang.

Pegawai imigresen akan melakukan pemeriksaan secara rawak, tetapi pelancong digesa mematuhi dasar tersebut sebelum menjejakkan kaki ke Thailand. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram