Pura-pura pekak dan bisu minta sedekah, 'pak ustaz' di Maran mampu pakai Proton X70 'high spec', raih RM100 sejam


  • Tular
  • Khamis, 22 Feb 2024

JKM Daerah Maran mengesan seorang lelaki didakwa mengambil kesempatan dengan menjalankan kegiatan meminta sedekah di sebuah pasar malam. — Facebook/Afiz Ayub

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Maran berjaya mengesan seorang lelaki didakwa mengambil kesempatan dengan menjalankan kegiatan meminta sedekah di beberapa pasar malam sehingga mampu membeli Proton X70 Flagship.

Menerusi satu hantaran di Facebook Afiz Ayub, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Maran telah melaksanakan operasi membanteras aktiviti pengemisan di pasar malam Sri Jaya, Maran, Kuantan, Pahang pada Khamis.

Menurutnya, sewaktu menjalankan operasi berkenaan, agensi tersebut berjaya mengesan seorang lelaki Melayu berjubah dan berkopiah berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas miliknya.

"Kedua-dua tangan lelaki tersebut kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal.

"Pegawai penguatkuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan tujuan dia meminta sedekah,

"Namun pertanyaan penguatkuasa JKM tidak dijawab. Dia kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu," katanya pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pergi balai RM300, bayar sini RM100', PDRM siasat anggota trafik bagi pasangan UK pilih bayar saman

WhatsApp Image 2024-02-22 at 11.35.36

JKM meminta kad pengenalan lelaki itu bagi tujuan rekod operasi. — Facebook/Afiz Ayub

BACA LAGI: [VIDEO] 'Pergi balai RM300, bayar sini RM100', PDRM siasat anggota trafik bagi pasangan UK pilih bayar saman

Tulis hantaran itu lagi, pihak JKM menemui kepingan duit kertas di dalam sebuah beg kertas dipercayai hasil daripada pemberian sedekah pengunjung pasar malam.

Ujarnya, JKM kemudian meminta kad pengenalan lelaki itu bagi tujuan rekod operasi namun tiada sebarang respons diberikannya.

"Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara, normal rupanya. Dia bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal).

"Dia mengatakan bahawa kad pengenalannya berada di dalam kereta. Penguatkuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya.

"Percaya atau tidak, seorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Flagship," jelasnya.

WhatsApp Image 2024-02-22 at 11.35.37

Lelaki tersebut mengaku bahawa kereta Proton X70 Flagship tersebut adalah miliknya. — Facebook/Afiz Ayub

Setelah menjalankan siasatan lanjut, pihak JKM mendapati lelaki itu tinggal di Balok, Kuantan dan akan pergi ke mana-mana pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan.

Semakan juga mendapati dia menerima elaun pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak 2001 lagi.

"Dia juga mengaku bahawa kereta Proton X70 Flagship tersebut adalah miliknya.

"Menurutnya lagi, hasil kutipan daripada aktiviti pengemisannya boleh mencecah sehingga RM500 bagi tempoh empat hingga lima jam ketika berada di pasar-pasar malam.

"Lelaki tersebut bagaimanapun dilepaskan dengan amaran oleh penguatkuasa JKM. Tidak salah untuk bersedekah tetapi bersedekahlah kepada orang dan tempat yang betul," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram