[VIDEO] Ralit jawab telefon, bisnesman maut diserang hendap 'hitman', tak sempat hantar audit penting


  • Benua
  • Khamis, 22 Feb 2024

Tangkap layar memaparkan serangan hendap pembunuh upahan tersebut di bahagian parkir bawah tanah sebuah bangunan di Bogota, Colombia pada Rabu.

SEORANG ahli perniagaan di Bogota, Colombia maut selepas diserang hendap pembunuh upahan dalam satu kejadian tembakan yang berlaku di sebuah bangunan pejabat di bandar raya tersebut.

Insiden berkenaan yang berlaku sekitar pukul 7.30 pagi Rabu itu turut dirakam oleh kamera keselamatan yang terletak di bahagian parkir bawah tanah bangunan berkenaan.

Berdasarkan klip tersebut, mangsa Hernan Roberto Franco Charry dilihat baru sahaja sampai di bahagian bawah tanah bangunan tersebut dengan menaiki kenderaan mewah dipandu pegawai keselamatannya.

Dia kemudiannya dilihat keluar dari pintu belakang bahagian kanan keretanya sambil sedang bercakap dengan menggunakan telefon pintar dan terus menuju ke pintu masuk.

Pada masa sama, seorang lelaki dipercayai pembunuh upahan didapati berlari memasuki bangunan tersebut dan menghampirinya dari belakang sebelum melepaskan beberapa das tembakan yang meragut nyawa ahli perniagaan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki diikat kena belasah sampai mati lepas langgar pagar rumah di Kajang, 5 suspek dicekup polis

WhatsApp Image 2024-02-22 at 10.47.55 AM

Hernan baru sahaja keluar daripada keretanya apabila pembunuh upahan itu masuk ke dalam bangunan terbabit untuk melepaskan tembakan yang membunuhnya.

BACA LAGI: [VIDEO] Penyamun Rohingya selamba pecah pintu depan, curi PS4 dan barang kemas di Gombak

Dilaporkan, penembak yang turut memakai topeng dan topi menggunakan alat penyenyap atau silencer ketika kejadian.

Ketika insiden, pemandu Hernan yang turut bertindak selaku pengiring keselamatannya baru sahaja keluar dari kereta dan terkejut dengan serangan yang berlaku.

Selepas selesai melepaskan beberapa tembakan, pembunuh upahan terbabit dilihat dengan pantas melarikan diri berlari sebelum pintu keselamatan bahagian bawah tanah bangunan itu ditutup.

Menurut pihak berkuasa, pembunuh upahan itu dilaporkan sudah mengekori mangsa sebelum membuat serangan.

Katanya, motif kejadian berkemungkinan bertujuan bagi menghalang Hernan daripada menghantar laporan dengan butiran audit sebuah syarikat beras yang disyaki terlibat dalam kes penyelewengan.

Hernan merupakan seorang perunding dan penasihat kewangan kepada beberapa syarikat perniagaan di negara tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram