PELANGGAN berdepan detik cemas selepas berlaku tragedi pembunuhan melibatkan pemilik stesen minyak di sebuah kedai serbaneka di Olinda, Brazil pada 11 Februari lalu.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), seorang lelaki dengan berpakaian papangu iaitu kostum tradisional sempena Karnival Pernambuco di negara itu.
Pakaian suspek bersama topeng yang menutupi seluruh wajah itu pada mulanya membuatkan mangsa tidak mengesyaki apa-apa tindakan aneh.
BACA LAGI: Dah macam main game, 3 maut kena tembak bertubi-tubi di laluan karpet merah
— nofones (@nofones2) February 13, 2024
Dalam video sama, suspek dilihat meletakkan air di atas meja sementara menunggu mangsa yang sedang memilih snek di premis tersebut.
Beberapa saat kemudian, suspek yang menyembunyikan pistol di dalam bajunya tiba-tiba menembak mangsa berkali-kali sebelum lari meninggalkan lokasi kejadian.
Berdasarkan laporan dikeluarkan media antarabangsa, mangsa bernama Rafel Goncalves Elihimas, 34, meninggal dunia ketika kejadian.
Hasil siasatan polis Brazil mendapati mangsa adalah pemilik stesen minyak berkenaan namun punca kejadian dikatakan masih belum dinyatakan.
"Pada masa ini, Pasukan Petugas Pembunuhan Polis Awam Pernambuco (PCPE) sedang berusaha mengesan suspek dan menyiasat apa kaitannya dengan Rafael.
"Pihak kami sedang cuba mendapatkan maklumat lanjut tentang kejadian itu," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram