[VIDEO] Polis siasat pertengkaran 3 segi, punca 4 pelajar cedera kena tembak lepas habis sekolah


  • Benua
  • Khamis, 15 Feb 2024

Tangkap layar kejadian polis berkumpul selepas tembakan berlaku di Sekolah Menengah Benjamin e.Mays, Atlanta, Amerika Syarikat pada Rabu.

EMPAT pelajar cedera selepas ditembak sejurus sahaja tamat sesi persekolahan dalam kejadian di Sekolah Menengah Benjamin e.Mays, Atlanta, Amerika Syarikat pada Rabu.

Difahamkan, tembakan dilepaskan oleh sebuah kereta yang tidak dikenali ketika berada di kawasan lot parkir kenderaan sekolah berkenaan.

Ketua Jabatan Polis Sekolah Menengah Benjamin e. Mays, Ronald Applin menyatakan bahawa terjadinya pergaduhan sebelum kejadian tembakan itu.

"Kami cuba mencari tahu siapa bersalah dalam kes ini," katanya dalam sidang media pada Khamis.

Sejurus selepas tembakan, pegawai polis cuba menghentikan sebuah kenderaan dan menahan tiga individu di dalam kereta tidak dikenali itu bagi membantu siasatan iaitu seorang gadis berusia 17 tahun, wanita berumur 35 tahun dan seorang lelaki.

BACA LAGI: Kes Nik Elin Zurina: Fahmi tegur Muhyiddin sebar berita palsu

BACA LAGI: Ibu bapa panik perkembangan anak terjejas ? Ketahui tanda-tanda, cara terbaik didik anak mild autisme

Antara mangsa yang tercedera adalah tiga orang pelajar lelaki berusia 17 tahun dan seorang lagi berusia 18 tahun.

"Pihak polis terus bergegas datang ke lokasi untuk bawa mangsa ke hospital dan disahkan mengalami kecederaan," katanya.

Disebabkan kejadian itu, semua acara di sekolah berkenaan dibatalkan bagi menyelidik kes tembakan tersebut dengan lebih mendalam.

"Keselamatan pelajar dan staf adalah yang terpenting," kata polis. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram