[VIDEO] Lelaki Rusia meninggal di 'spot' maut kerana ingkar nasihat penyelam senior


  • Benua
  • Selasa, 20 Feb 2024

Lokasi menyelam popular berdekatan bandar Dahab, Mesir yang dipanggil Blue Hole dan memiliki kedalaman lebih 100 meter(m). — Agensi

AKTIVITI selam merupakan antara sukan ekstrem yang menjadi pilihan buat mereka yang mencari pengalaman luar biasa.

Ini kerana ketika menyelam, seseorang individu bukan sahaja dapat mencabar keupayaan diri, tetapi juga meneroka keindahan hidupan di dasar laut.

Bagaimanapun, dengan statusnya sebagai sukan ekstrem, ia turut hadir dengan risiko yang cukup tinggi lebih-lebih lagi kepada mereka yang melakukannya di kawasan perairan yang sukar.

Pada April 2000, seorang penyelam lelaki menemui ajal secara tragis ketika meneroka sebuah lokasi menyelam popular di Mesir.

Yuri Lipski merupakan pengajar selam berketurunan Rusia-Israel yang membuat kunjungan ke tempat dipanggil Blue Hole yang memiliki kedalaman lebih 100 meter(m).

Lokasi yang terletak Laut Merah, Mesir itu turut dikenali dengan nama popularnya iaitu kuburan bagi penyelam atau "divers’ cemetery".

Ketika tiba di tempat tersebut, Yuri dilaporkan terlebih dahulu memberitahu seorang penyelam veteran tempatan, Tarek Omar mengenai hasratnya untuk melakukan penerokaan tersebut.

BACA LAGI: Penunggang big bike tersembam atas jalan, maut kemalangan di highway Plus Gurun-Pendang

WhatsApp Image 2024-02-19 at 11.51.49 PM

Tangkap layar video memaparkan rakaman detik akhir ketika Yuri membuat selaman yang meragut nyawanya. — Agensi

Dalam perbincangan itu, Tarek memberitahu Yuri dia memerlukan latihan khusus sebelum menyelam ke pintu gerbang yang terletak di bawah perairan tersebut.

Tarek memberitahu Scene Arabia bahawa dia berkata kepada Yuri: "Saya berkata 'OK, jadi anda perlu latihan dua minggu' dengan saya dahulu, dan kemudian kita akan membuat selaman tersebut'."

Bagaimanapun lelaki tersebut yang hanya mempunyai beberapa hari di bandar berkenaan membuat keputusan untuk tidak mengendahkan nasihat dan kemudiannya menyelam secara bersendirian.

Ketika selaman berkenaan, Yuri turut memakai kamera untuk merakam perjalanan.

Malangnya, alat tersebut turut merakam detik-detik terakhir yang menakutkan sebelum kematiannya.

Klip mengerikan itu memaparkan lelaki berusia 22 tahun merakamkan detik ketika dia memasuki penurunan tanpa kawalan ke kedalaman yang dipercayai sekitar 91 meter di bawah permukaan air.

Video tersebut turut merakamkan perubahan yang mengerikan apabila cahaya semakin pudar, sebelum dia akhirnya tiba sehingga ke bahagian dasar.

Pada kedalaman tersebut, badan Yuri dipercayai berada dalam keadaan yang dipanggil narkosis nitrogen, yang boleh menyebabkan halusinasi dan disosiasi.

BACA LAGI : Ada beza hilang kawalan dengan hilang akal, netizen gesa wujudkan undang-undang lindungi penunggang motosikal

WhatsApp Image 2024-02-19 at 11.52.55 PM

Tarek Omar. — Agensi

Situasi itu sememangnya berpotensi membawa maut lebih-lebih lagi ketika seseorang individu berada di kawasan ekstrem seperti di dasar laut yang memerlukannya untuk bertindak pantas.

Mayat Yuri kemudiannya dibawa naik dari dasar oleh Tarek sendiri yang sememangnya berpengalaman berulang kali membuat kerja menyelamat di kawasan menyelam berkenaan.

Ketika membawa naik jasad lelaki tersebut, Tarek juga menjumpai kamera dipakai oleh Yuri yang masih berfungis walaupun ia tidak direka untuk bertahan dalam kedalaman sedemikian.

Rakaman itu juga menjadi peringatan cukup mengerikan mengenai bahaya untuk seseorang individu menyelam secara berseorangan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram