HAMPIR lapan tahun berlalu, kematian seorang remaja wanita di sebuah hotel di Chicago, Amerika Syarikat (AS) masih kekal menjadi tanda tanya.
Tragedi yang berlaku pada September 2017 itu sekali gus tidak dapat dibongkarkan kerana dikategorikan sebagai kematian tidak disengajakan.
Sebelum kejadian, mangsa bernama Kenneka Jenkins, 19, dilaporkan telah menghadiri sebuah pesta di Hotel Crowne Plaza, Chicago bersama beberapa orang rakannya.
BACA LAGI : Penunggang big bike tersembam atas jalan, maut kemalangan di highway Plus Gurun-Pendang
Kenneka yang ditemui maut di dalam bilik sejuk beku di hotel berkenaan. — Agensi
Kenneka kemudiannya ditemukan maut dalam sebuah bilik sejuk beku di hotel berkenaan sehari selepas dia dilaporkan hilang.
Namun, detik-detik kejadian sebelum polis menemukan mayat mangsa sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu.
Menerusi rakaman itu, Kenneka dilihat berjalan di sekitar koridor dan dapur hotel seorang diri dalam keadaan mabuk.
On the night of September 8, 2017, Kenneka Jenkins went out to attend a hotel party with friends. A few hours later she was caught on camera walking through a hallway appearing to be intoxicated. She was later found dead inside a latched freezer. pic.twitter.com/Zt4ByGa1ER
— Morbid Knowledge (@Morbidful) February 17, 2024
Video tersebut bagaimanapun tidak sempat merakam saat mangsa masuk ke dalam bilik sejuk beku tersebut.
Pihak pengurusan hotel juga dikatakan tidak bertindak untuk mencari mangsa selepas dia dilaporkan hilang.
Sehingga kini, pihak polis dilaporkan tidak dapat mengesyaki sebarang perbuatan khianat atau pembunuhan terhadap Kenneka.
Rakaman detik-detik mangsa sebelum maut.
Sementara itu, rakan-rakan mangsa juga difahamkan tidak memberi kenyataan berhubung kejadian itu.
Pada 2023, Mahkamah Cook County menetapkan bahawa, ibu mangsa menerima pampasan kira-kira RM17 juta rentetan saman yang dibuat terhadap pihak pengurusan hotel terbabit.
Wang yang diterima ahli keluarga mangsa itu juga adalah sebagai jalan penyelesaian terbaik bagi menutup kes tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram