[VIDEO] Gempur pengintip Israel habis-habisan, Turkiye cekup 34 individu disyaki anggota Mossad


  • Benua
  • Rabu, 03 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan ketika serbuan dan tangkapan dilakukan di sebuah lokasi menempatkan suspek yang disyaki terlibat dengan Mossad di Turkiye pada Selasa.

TINDAKAN Israel untuk memburu tentera Hamas tidak berhasil apabila seramai 34 orang berjaya ditahan pihak berkuasa Turkiye yang disyaki terlibat dalam perkhidmatan perisikan Mossad Israel pada Selasa.

Terdahulu, Turkiye dilaporkan memberi amaran keras terhadap Israel yang sering kali tidak berputus asa cuba menumpaskan tentera Hamas yang tinggal di luar Palestin termasuk Turkiye.

Mossad merupakan sebuah agensi atau pasukan perisik Israel yang bertindak mengumpul data bagi tujuan risikan terhadap negara-negara yang dianggap boleh memberi ancaman.

BACA LAGI: Lebih 8,005 penduduk Gaza terbunuh akibat serangan udara Israel

Pegawai Kanan Turkiye dilaporkan berkata, Mossad turut merekrut beberapa anggota di negara tersebut sebelum berjaya diberkas.

msg1050426791-21623

Tayyip Erdogan yang pernah memberi amaran keras terhadap Israel berhubung kejadian. — Agensi

"Mereka cuba menghapuskan bukti bayaran dengan menggunakan mata wang kripto dan sistem pemindahan wang.

"Perkhidmatan prisikan Israel juga sedang merekrut beberapa anggota untuk menyerang rakyat Palestin," katanya.

Presiden Turkiye, Tayyip Erdogan menambah bahawa ia merupakan suatu kesilapan besar bagi Israel apabila perkara tersebut berlaku.

BACA LAGI: Hospital dan masjid dibedil rejim Israel, bencana kemanusiaan di Gaza makin mendesak

Tangkapan yang sempat dirakam dan tular di media sosial sejak Selasa itu menyaksikan serbuan pihak berkuasa Turkiye dalam menumbangkan pertubuhan tersebut di sebuah lokasi yang menjadi penempatan mereka.

Dalam kejadian itu, Menteri Dalam Negeri, Ali Yerlikaya dilaporkan berkata, pihak polis juga menemui sekitar 150,000 euro (RM758,036), senjata api tidak berdaftar dan beberapa alat digital.

msg1050426791-21624

Ketika operasi serbuan dilakukan pihak polis. — Agensi

Pada masa sama, ketika kejadian, pihak polis dikatakan telah menyerbu beberapa lokasi di lapan wilayah di Turkiye ketika satu operasi yang dikenali sebagai 'Operasi Mole' dijalankan oleh agensi MIT dan biro anti-keganasan pendakwa raya Istanbul.

Kesemua suspek yang ditahan itu dilaporkan diarah untuk mengenal pasti, memantau, menyerang dan menculik warga asing yang tinggal di Turkiye.

BACA LAGI: Wartawan rakam siaran langsung detik Israel bom bangunan kediaman penduduk Gaza

Mereka juga dikatakan telah menyebarkan berita dan maklumat palsu, merompak dan menguggut malah membuat latihan dan bertemu dengan Mossad di luar negara.

Untuk rekod, Turkiye antara yang tegas mengkritik tindakan Israel sejak berlakunya serangan bom di Palestin pada 7 Oktober 2023. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram